CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Oct 31, 2010

Hipotesis Hati Dia

Sedang irama mengasyikkan dari blog rakan sekuliah yang sengaja aku biarkan berkumandang menerajang gegendang telinga, hati aku hanyut dibawa pergi. Pergi jauh. Jauh sejauh kenangan kita bersama dahulu. Memang aku akui kisah kita, Sara dan Munir tidak sehebat hebatnya kisah Romeo dan Juliet, Kassim dan Amirah, Larra dan Tom tapi ia cukup bermakna buat aku yang kini sedar tiada lagi engkau untuk aku.


Jika engkau Munir, andaikata terjumpalah kewujudan ruangan ini, tolong jangan biar aku tahu yang kau sudah tahu. Kerana nanti aku malu. Malu dengan kegagalan diri sendiri melepaskan yang lepas.


Lalu aku membiarkan hati yang hanyut sebentar tadi terus hanyut jauh lagi. Hingga sampai satu titik, aku minta hati ini berhenti sebentar. Dari jauh aku memerhati, perempuan itu persis aku. Duduknya dia dihujung katil dengan telefun tidak lepas dari tangan. Budak budak sekarang, kata aku didalam hati. Tidak putus putus perempuan itu tadi menerima dan menaip sesuatu sebagai kiriman balas aku fikirkan.


Juga tidak lekang senyuman dari bibir perempuan itu setiap kali perkara sama dia lakukan. Lucu mungkin isinya. Tapi aku lebih rasa ia mugkin manis. Ingin sekali aku tahu siapa yang sedang berbalas kiriman dengan perempuan itu, malangnya aku sudah tahu. Dia engkau, Munir. Aku tahu bila mana aku lihat jari tangan lelaki itu yang sama panjang dengan jari engkau Munir.


Sungguh aku ingin tahu apa kandungan kiriman yang mereka lakarkan. Sekali lagi malang buat aku kali ini betul betul malang, kerana kandungan kandungan itu sudah malah masih ada pada aku. Pada ingatan aku aku maksudkan. Semuanya berbaur luahan perasaan, janji janji, kisah kisah lucu, senang kata indahlah belaka.


Tapi bila aku ke kehidupan kini perempuan tadi, tiada lagi telefun yang sering menemani bahkan adakala perempuan itu sendiri terlupa dimana dia lokasikan alat penghubung silaturahim itu. Sehingga akan terbit rasa ganjil pada perempuan itu bila ada yang mengirim ke dia. Seperti ni " siapa pulak yang text aku ni? :O"


Ada juga aku terlihatkan hati perempuan tadi yang seakan mahu pecah bila nama lelaki tadi, Munir tertera di muka objek bercahaya lagi bersuara, telefunnya dia didalam kehidupannya sekarang. Sungguh aku kenal rasa hati ingin pecah itu. Ohh. Perempuan itu kan aku -.-


Melihatkan gaya perempuan itu sekarang, aku tahu dia kini tidak lagi bersama Munir. Apa sudah jadi dengan janji janji mereka dahulu? Lupakah sudah lelaki itu pada apa yang pernah dia ungkapkan luahkan pada perempuan persis aku itu dahulu? Sekali lagi, sungguh aku tahu rasa perempuan itu. Ohh. Itukan aku -.-


p/s: jangan nangis, malu.

Oct 30, 2010

Si Cilaka Jessy

Dulu. Dulu-dulu dulu. Pernah aku terterbitkan perasaan dan ikrar juga mungkin tak akan menghampiri permainan berlandaskan komputer atau online. Bukan lah sebab ada rasa geli iyekk atau takut err terhadap makhluk itu. Cuma ada sikit ceritarasa "aku tidak minat" tidak minat ya tidak minat untuk terlibat. Mungkin betul kata orang jika kita terlalu bongkak*walaupun dalam hal ni, sikit pun aku tak    -.-* Tuhan akan tunjukkan.


Sampailah suatu hari, seorang kawan yang namanya Rosnani bukan nama sebenar memuat turun ke muat naik aku tak tahu beberapa jumlah game kedalam En. Komputer Riba aku. Mulalah aku terdedah pada teknik membuat menyediakan menghidang menjual burger, mengambil pesanan menyiapkan menghantar pizza rumah ke rumah, mencari benda tersembunyi menangkap si dikehendaki, dan dan dan itu sahaja.


Sedarlah aku rupanya bukanlah takda langsung minat pada Abang Permainan cuma belum jumpa Abang yang meminatkan. Kemaruknya aku waktu tu, ada lah juga beberapa aku tertaksempat nak siapkan kerja matematik pitagoras algebra triangular solution macam macam Pn. Hong sebab leka main Abang aku tu. *abang? tolong muntah -.-*


Dan sekarang baru aku nak mula. Tadi tu mukadimah :) *haram panjangnya mukadimah kau fatin -,-*


Mall World. Hehe. Aktiviti baru musim musim hampir mati kebosanan cuti semester. Ya, akulah perempuan yang berdiri di kaunter pembayaran kedai yang berdinding tompok tompok persis baju kurung cotton berlantai kayu cokelat muda berteraskan prinsip perniagaan "kau beli aku kaya aku kaya aku suka haha".


Akulah perempuan dengan bun sendeng disebelah kiri kepala yang mana bila aku rasa ingin tampil sedikit memukau aku akan leraikan senggulan rambut menutup leher jinjang ku, dengan dress putih separa lutut bertumit tinggi hijau menggalas tas tangan yang juga hijau yang sebenarnya aku boleh tukar bila bila macam bila aku dah naik bosan dengan cerita Masam Masam Manis yang disiar berulang ulang.


Yang aku perlu pastikan cuma aku tampil cantik sempurna dan setia berdiri menyambut pelanggan yang mengarus keluar masuk. Dalam hati selalu mengumatngamit "tolonglah beli, kalau tak keluar sekarang". Bila pelanggan beli mestilah takkan tak pulak aku akan pastikan aku pulangkan baki yang tepat beserta resit sebagai bukti pembelian diiringi sebaris gigi. Macam ni, Hihi.


Bahagian paling sempurna perasaan bila pergi membeli belah sama ada untuk stok kedai atau koleksi diri sendiri. Bila berjaya beli, perempuan ber-bun sendeng tadi akan melompat tiga atau empat kali sebagai ekspresi alangkah berbunga hati dia. Tak sedar ke dia ada human lain dekat situ -.-


Yang agak mencabar kejantanan perempuan ber-bun sendeng tu bila ada ada customer yang mungkin nama dia Jessy sebab dia ada rambut dark brown panjang pakai heels merah makngah yang masuk bawa HANJING. Euww, kotor kedai perempuan ber-bun sendeng. Haha. Tapi atas dasar komitednya pada bisnes dan professionalism, perempuan ber-bun sendeng lantakkan saja :)


Perempuan ber-bun sendeng malangnya sering kali khayal apabila terlihatkan pakaian perhiasan kasut mahupun alat solek yang tiada kemungkian Anna Sui mahupun Chanel kerana tidak ada sumpah tak ada dinyatakan disitu. Ohh. Perempuan ber-bun sendeng bukan cuba untuk berlagak kool dengan membeli tanpa berfikir cuma dia tidak mampu mengawal rasa keinginan dan kemahuan itu saya mahu itu ya itu, sahaja.


Namun perempuan ber-bun sendeng mula sedar akan kekhilafannya apabila baki wang mulai berkurang dan teringat pula dia pada stok kedai yang hampir kekeringan yang perlu dibeli baru. Mula perempuan ber-bun sendeng pulang dengan rasa ingin mendapatkan heels kilat kilat kaler brown batu diamond diatas menebal dalam giginya.


Oh ya. Perempuan ber-bun sendeng agak kesal bila sedar dia tak berpeluang memilih bentuk kening idaman apabila selepas dia dibenarkan memilih mata samaada kuyu galak mahupun normal, bibir yang macam ni macam tu atau macam tu juga. Haihh.


Tammat.


p/s: kalau game ni salah satu subjek 2nd sem, sumpah aku akan score :)

Oct 28, 2010

Mana Hati Itu Ini

Mungkin hati aku sudah kau buang, sudah kau pinggirkan. Tapi mungkin juga masih kau simpan*tak salah mengharap bukan* tapi tak endahkan. Mungkin ada kau posisikan di sudut meja bersama buku buku lama yang sudah naik habuk, mungkin kau sejukbekukan didalam fridge, ya mungkin juga kau campakkan kedalam punggung kereta. Bukan aku tak cuba, malah sudah puas kesana kemari aku mencari yang baru. Mencari hati aku maksudkan.


Merata Kuala Lumpur aku jelajah mencari kedai yang ada menjual hati. Tidak satu kedai pun aku terlepas menanyakan hati. Tidak terkecuali Forever 21 di One Utama. Ya, itu butik pakaian aku tahu. Saja aku mencuba nasib, mana tahu mungkin ada pelanggan yang sengaja meninggalkan atau tercicir hatinya disitu. Tapi hendaknya aku, tiada. Aku teruskan pencarian, kali ini nasib aku agak baik. Aku melangkah keluar dari kedai bersama hati baru ditangan. Tidak sempat pun pekerja kedai menyediakan aku beg plastik, sudah aku pergi, teruja :)


Tidak langsung aku berhasrat untuk menyimpan hati tersebut sehari pun. Aku mahu terus memberikannya kepada mana mana jejaka yang ada disitu. Dihadapan kaunter tiket GSC, aku terlihat seorang lelaki. Agak menarik, "ah bolehlah". Pantas aku mengatur langkah tidak aku perasankan orang orang keliling. Aku berjalan dan Auww! aku terlanggarkan satu lelaki lain yang tinggi dan gedangnya amatlah besar. Hati didalam genggaman jatuh lalu pecah. Terfikir untuk kutip semula keping keping hati itu tapi sedar itu akan sia sia. Berlari aku mengarahkan badan ke kedai tadi semula. Keluar dengan perkataan hampa tertera di dahi dan terlihatkan papan tertulis "Stock Clearance" di muka kedai.


Memikirkan kaki yang kasihan dan perut kosong yang teresak minta ditimbus, aku berhenti dan melangkah masuk ke Thai Restaurant. Sambil menunggu pesanan tiba, aku terus meligatkanotak kemana haluan aku seterusnya.


p/s: bosan dengan rutin harian :(

Oct 27, 2010

Depresi

Tatkala melihat berduyunan pasangan berjalan berpimpin tangan semasa menunggu sahabat habis waktu kerja tempoh hari, merembes keluar rasa iri hati pada hati ini. Bahagia sungguh kelihatannya mereka. Setia aku berdiri di satu sudut jenuh memerhatikan mereka. Masing masing dengan cerita masing masing. Masing masing dengan gelak tawa senyum simpul(cewah) masing masing. Masing masing juga dengan kisah masing masing.


Tetap aku di situ, mula melahirkan imaginasi, andai sang lelaki itu engkau(ya engkau, engkau yang sedang tidak membaca. aku pasti kau tidak) dan sang gadis itu aku(ya aku, aku yang sedang membayangkan). Sebahagia mereka kita mungkin. Kan? Mungkin waktu itu kita sedang keluar dari McDonalds(ya, ia sangat common) dan aku menarik lengan engkau menuju ke Guardian yang terletak di tingkat yang sama untuk mendapatkan syampoo Herbal Essence ku yang sedang kehabisan di rumah. Tak, conditioner tak perlu. Conditioner ada lagi, jarang guna :) Dan kau pun teringat bahawa Deodoran Roll On Uberman Indulge-Deo engkau pun hampir kehabisan dan engkau ambil satu.


Hampir kita menghampiri pintu untuk keluar, aku toleh ke kanan dan engkau tiada. Yang ada hanya tiang yang menahan lantai tigkat atas daripada jatuh menghimpap lantai di tingkat aku. Tergelak kecil aku. Aku pusing menuju ke kaunter. "Premium Almond Pretzel satu". Lapar :)




notakaki: masih sedang cuba menerima kenyataan itu semua angan angan :/



Oct 26, 2010

Itu Kau Tahu

Dulu,

kau tahu apa, kau tahu bagaimana mengambil hati ku
kau tahu apa, kau tahu menjentik rasa gatal diri ini
kau tahu apa, kau tahu membiakkan aku rasa itu
kau tahu apa, kau tahu aku amat teryakinkan
kau tahu apa, kau tahu aku suka semua itu
kau tahu apa, kau tahu dan kau lakukan

kau tahu apa, kau tahu kau mulai berubah
kau tahu apa, kau tahu kau tak berubah
kau tahu apa, kau tahu hati kau bukan kasi aku
kau tahu apa, kau tahu hati kau kasi dia
kau tahu apa, kau tahu aku tahu
kau tahu apa, kau tahu aku cuba sebaik aku
kau tahu apa, kau tahu aku takkan pernah bisa
kau tahu apa, kau tahu kau biarkan

suatu hari

kau tahu apa, kau tahu itu menyakitkan aku
kau tahu apa, kau tahu kau boleh memperbetulkan
kau tahu apa, kau tahu aku bodoh lantas aku pulih
kau tahu apa, kau tahu kita teruskan semula babak
kau tahu apa, kau tahu aku percayakan semuanya
kau tahu apa, kau tahu aku tak tahu kau tahu

sekali lagi,

kau tahu apa, kau tahu aku sudah tahu
kau tahu apa, kau tahu kali ini tidak lagi berpeluang
kau tahu apa, kau tahu kau perlu hentikan
kau tahu apa, kau tahu aku ingin hentikan
kau tahu apa, kau tahu kita mesti hentikan
kau tahu apa, kau tahu lalu kita putuskan

kau tahu apa, kau tak tahu akibatnya aku bagaimana
kau tahu apa, kau tak tahu rasanya aku seperti apa
kau tahu apa, kau tak tahu tinggalnya aku menjadi apa
kau tahu apa, kau tak tahu ya kau tak tahu

kini,

kau tahu apa, kau tak tahu betapa ligat otak memikirkan engkau
kau tahu apa, kau tak tahu berapa selalu hati runsingkan engkau
kau tahu apa, kau tak tahu seperti apa sakit jiwa tiadanya engkau
kau tahu apa, kau tak tahu yang kau takkan mungkin tahu

kau tahu apa, kau tahu ini engkau, ya engkau tahu.

Oct 24, 2010

kali pertama.

Melihatkan yang lain punya tempat mencurah rasa peristiwa tragedi impian cerita, mula terdetik hati ini untuk turut menghidupkan satu tempat untuk aku turut bisa tuju bila mangkuk hati mula penat menyimpan cerita. Juga terdetik "ciss, nak jugak -.-" Agak lama masa diambil untuk memutuskan penciptaan blog ini. Fikir apa, entah *macam macam itu ini* hehe. Selepas satu tempoh, ya ini dia :)

Pemberitahuan awal, harus diingat:
 
1. kandungan mungkin persis sampah yang dibuang melalui tingkap kereta sewaktu memandu.
2. kandungan mungkin mengandungi cerita cerita karut dan rapu kelahiran imaginasi.
3. kandungan mungkin mengisahkan karakter karakter pelik sekeliling diri.
4. kandungan mungkin mengandungi unsur unsur seram, carut *akan cuba tapis, haha*, sadis, menjengkelkan, bahagia macam hari raya, sakitt, terasa, cemburu, kejutan, dan lain lain unsur yang tak terdiscover.
5. kandungan mungkin sependek 'eii' atau sepanjang karangan fakta kertas percubaan SPM sekolah sekolah berasarama penuh.
6. kandungan mungkin akan merangsang rasa loya tekak pembaca dan rasa mengantuk juga. *harap maaf*

Ya, ini Kali Pertama. Mari Mula :)