CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Dec 30, 2010

Saya di-tag, Saya menge-tag.

Been tagged by Sheira

Adakah anda rasa anda HOT?
Sememangnya tak dan semakin tak dengan rambut baru potong -____-

Update wallpaper yang anda guna sekarang?


Cerita about this wallpaper.

Gambar ni tangkap masa kelas okay WAKTU KELAS. Terpapar muka tak rela bangun pagi pergi kelas jauh sebatu dari kolej kena hiking sikit panjat tangga tapi aku pilih naik bas, dengan mata sembab tu :P Si dia berkaca mata itu class rep saya, Ziehan :D Terbukti kami ni tak suka buang masa menganga tunggu kelas tamat jadi kami snap pic walau cikgu ada berdiri di belakang sana :) Hihi.

Kali terakhir makan pizza?

Hihi tak ingat sebab dah lama. Tapi ingat kedai dia dekat Newtown PJ. Bersaing hebat dengan kedai nasi kandar dekat sebelah. Tapi Pizza Hut menang sebab kami sekeluarga pilih Pizza. Abang yang take order dengan serve kitorang cute :P Kakak supervisor kerek sikit.

Lagu terakhir yang anda dengar?

Malam tadi sebelum tidur.
Grenade- Bruno Mars <3

Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?

Habiskan chocolate Cadbury sambil eh tadi bukan ke nak buat research pasal Non-verbal communication. Okay yang tu dah tak jadi :P

Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

Nama penuh: Fatin Atiqa Binti Hassan
Dekat rumah: Kakak :)
Kawan-kawan: Fatin, Atin, Tin -____-
Tiba tiba ada satu Mr. Eustace ni panggil aku Atiqa. Sakit ke apaa -_____-
Nama Hari Raya: Mimi :P

Tag lagi lima orang :



Siapa orang nombor 1 kepada anda?
Cousin saya yang hot hot hott :D

Katakan sesuatu pada orang nombor 5.
Maaf awak. Saya tak sentuh pun Pushpa punya kerja :P Hihi.

Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
Dengan abe dia nama Faliq :) Eh eh?

Bagaimana pula dengan nombor 2?
Saya tahu saya tahu! Err err *buat buat lupa* :P

Katakan cinta kepada orang nombor 4.
I Love You Bims :D

Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag.
1. Mereka perempuan yang straight
2. Semua pun suka ditangkap/menangkap gambar :D
3. Mereka watak hidup dalam hidup saya :)
4. Mereka saya dah lama tak jumpa.

Notakaki: Sesungguhnya saya ambil masa yang lama nak jawab ni. Susah, tak macam soalan test Introduction to Law 3 *okay yang tu tipu -____-*

Dec 28, 2010

Emosi Terencat.

Senyum aku
Tawa aku
Bukan selalu bahagia aku
Tapi kau apa tahu

Fikirlah apa kau kira
Katalah apa mulut eja
Sebab salah sangka
Aku dah biasa

Hakikatnya
Berpeluhpeluh aku supaya jangan percaya
Walau reaksi pertama saya teruja
Sebab saya mahu dah lama

Tapi aku tak rasa kau maksudkan
Waktu lampau sebagai contoh
Takut aku kalau kali ini jatuh
Lagi

Notakaki: Mata berair tengok hati berdarah parah.

Dec 24, 2010

Nak Satu Suami Kaya.

Aku sebenarnya tak berapa pasti aku perlu berterima kasih pada siapa. Bank Islam ke, UiTM ke, Khaled Nordin ke. Keh keh. Wee! A L L O W A N C E dah masuk :D

Credit to Khaliq untuk mesej kau yang pagi pagi buta tu -____- Hehe. Kepada Aiya juga :D

Lakaran kemahuan hati aku terukir pada muka pintu ofis sesiapa entah di pejabat KPT pagi tadi kott. Lalu dia kerahkan orang bawahan dengan ayat seperti ini mungkin "Kau pergi hantar duit ni dekat budak cantik Si Fatin tu cepat!"

Nak drama sikit orang pangkat tinggi itu pun balingcampak duit itu kearah orang pangkat rendah sedikit. Orang pangkat rendah sedikit takut kena herdik potong gaji segala bagai cepatcepat kutip dan bank in ke aku :')

Jadi jadi jadi, pengilat kuku dengan baju mungkin tercapai tapi rambut macam tak tahu je. Dengan peringatan ya peringatan mama yang macam Euww -____- Nampam macam kena suntik ubat sabar dalam diri T_T

Notakaki: Awak, orang tengah fikir fikir pasal itu.

Duit, tolonglah belajar membiak -____-

Sangatlah naik retard aku bila diwar-warkan Encik Elaun akan bertandang ke akaun aku 26 haribulan ini. Ngee.

Okayy tapi tolong jangan cakap semua tu madah berhelah semata mata sebab sejak 19 haribulan haritu aku dah mula imaginasikan booth Elianto dekat depan Jusco yang ada jual set rawatan muka penjagaan kulit berjerawat krim penghilang kedut walau aku hanya nak pengilat kuku lutsinar kilat kilat bila kena cahaya.

Bukan itu sahaja aku juga nak baju biru bungabunga sederhana yang lupa warna apa yang patung dekat kedai itu pakai haritu T_T Ada jugak rasa nak warna rambut keh keh tapi bila fikir aku menuntut di UiTM dan bukan Cambridge jadi aku akan fikir balik sampai dapat jawapan 'Ya, saya akan'. Tapi UiTM kasi kan kalau nak alunkan rambut?

Since rambut tak berapa nak panjang,
macam ni boleh? Hhee.
nak hidung macam dia jugak boleh?
mana nak beli haa? -____-

Lepas berangan punya berangan kalau tak masuk lah sejumlah wang yang dikata-katakan orang tu, ketap bibir sambil tangan peronyok peronyok receipt baki depan kaunter ATM tu aku nanti T_T

Dec 18, 2010

Selalu aku seorang je yang teruja persis sekarang.

Boleh kau tolong hentikan tak? Sebelum aku mula jadi tak tentu hala nak ke taknak ke nak. Memang lah kalau dulu kau tahu aku nak, tapi sekarang tak lagi. Tahu?

Mari kaji kenapa aku taknak lagi.
1. Sebab aku rasa macam, okayy cukup.
2. Sebab aku rasa macam, okayy dah lah.
3. Sebab aku rasa macam, okayy taknak lagi.
4. Sebab aku rasa macam, okayy tak mau lagi.

Semua macam sama je -______-

Kau homosapien yang pelik. Eh, ke aku? Okayy. Aku lah. Aku ambil lah title tu. Tapi itu pun bila datang perihal kau je.

Right chamber hati kata jangan. Left chamber pula ber-tap dancing bila kau mengucap Halo. Kesian Pulmonary Artery ke Pulmonary Vein entah kena pam oxyhaemoglobin pergi otak untuk cerebrum boleh fikir apa aku kena tindak. Medulla Oblongata macam biasa lajukan heartbeat aku je.

Tangan kanan pun terhegeh hegeh letak telefon jauhjauh bagi jangan Phalanges menari ek ah ek ah atas papan kekunci.

notakaki: Kalau Puan Ng Shau Fean baca ni, mau dia menangi teresak esak sorok muka dalam bantal sebab bangga dengan aku ni :)

Dec 15, 2010

Kasut sukan mula berdansa bila butang function di-on-kan

Lelucon paling menggelikan hati bermula. Bila aku terasa macam nak sertai mereka. Semuanya tertunas bila sedar diri perlu beranjak. Ke satu tahap yang menggapai puncak.

Penat macam aku tak pernah berus kain guna tangan sebelum ni. Macam jugak aku tak pernah naik bilik tingkat empat je -___- Tapi aku susun langkah mengakribi hari ketiga. Konsistensi harap terpaksi :)

Urat belakang yang membawa haemoglobin menghadapi konflikasi. Tertekan dengan tindakan sang badan yang memaksa anggota lain terus berlegasi. Pulang dengan kepuasan hati muncul sedikit nak lagi :)

Aku kutip kegembiraan lalu cicirkan lelah dan tensi. Tensi turut, lelah ingkar.

notakaki: first time main skuasy tiba tiba rasa nak balik Sunway ambil SPM lagi sekali :)

Dec 14, 2010

Aku mula bangun awal sebab sekarang bukan waktu cuti sem lagi -____-

Hari makin sibuk
Jalan mula hilang habuk
Aku macam biasa tersengguk sengguk

Aku mula rasai pagi
Dulu tengahari baru gosok gigi
Sekalisekala rasa taknak lagi
Tapi semuanya masih permulaan lagi

Namun aku suka
Sebab kau macam dah takda :P
Eh yeke?
Ohh ya ya untuk seketika -___-

Harap kau terus pergi
Jauhjauh lagi
Biar hati aku ada lagi
Kesian dekat orang luar yang menanti
*muntah rotigardeniawholegrainfibremealsaputunacili*

notakaki: Jangan semangat aku mati sudah :) *semangatsemangat*

Dec 8, 2010

Harap harap nama kau Seth sebab aku yakin kau bukan Iskandar.

Kalau aku tak ikut, mati kebosanan aku mungkin
Kalau aku ikut, duit habis macam biasa
Jadi aku macam lebih rela duit habis hari itu
Jadi aku putuskan untuk habiskan duit -__-

Perjalanan sesak *macamlah drive padahal naik KTM -___-*
Jasmani bergesel sesama human merimaskan aku
Mata liar mencari yang sasaberjasa tiada
Tunduk bawah layan Taylor
Tangan angkat mencapai kestabilan
Nasib tak lupa sembur Nivea Extra Whitening :)

Cerita jalan jangan cerita
Semua pun biasa macam biasa
Cuma Wendy's membuka selera
Perut kenyang muka suka :D
*sila baca dengan nada pantun bayangkan diri Mahsuri*

Adrenalin melonjak lonjak
Bawah epidermis kulit
Kerana kaki kata "aku dah sakit"
Muka pulak mula tonjolkan "mari balik"
Hati berteriak "Hoi kau! Bangun aku nak duduk*

Berbaju putih dengan wajah polos
Parut dileher cacatkan apresiasi
Tak apa masih suci :)
Okayy dia lelaki
Mula mula macam "okayy, apahal pandang pandang"
Lama lama macam "okayy, jom berpandangan"

Aku dengan baju belang tak boleh blah
Mula senang*hihi gatal :P*
Berani kau terus pandang bila aku mula dendang
Kau senyum aku senyum
*dalam hati aku tersengih sengih pandang luar tingkap tengok bangunan Avon*

Kita main jeling jeling
Sambil nyanyi lagu SM Salim
"menjeling menjeling ku bertentang mata kita sama memandang*
Dalam hati okay dalam hati
Sebab cuping tersumbat 6ixth Sense

Aku taknak kelihatan over macam
"Eh, perempuan ni. Asyik pandang pandang je pulak"
Jadi aku buang pandangan ke luar tingkap
Mengikut hati tadi
Tapi aku tahu kau teruskan permainan
Haha ke aku yang perasan
Tak tak aku yakin*serius kali ini*

Noktah

notakaki: Kita tiada jodoh barangkali, Seksyen Dua menyaksikan perpisahan T_T *sempat aku kerling baling senyuman, manis punya :)*

Dec 7, 2010

Aku tak suka Kafe FUU tapi aku suka Kafe FUU macam aku tak suka awak tapi aku suka awak.

Macam lah kau baru beroperasi dua hari lepas kan

Kau tahu kami suka walau sebenarnya
Kami lebih kepada malas nak panjat menara -__-

Bosan tapi lebih kepada jelak
Bila setiap kali aku selak
Yang tinggal kalau tidak
Lebihan lebihan serdak
Mesti kerak kerak -__-

Tiada pilihan
Penuh jugak sepinggan
Dalam hati macam nak menangis
Teresak esak bahu terhenjut T_T

Kau tumpuan tahu
Jadi tolonglah pelbagaikan menu
Takpun darabkan ayam goreng panas potong dadu
Supayagar mood makan aku stand still disitu

Mencarut beria tak guna
Kalau kakak kaunter yang dulu selalu ada anak di tepi pintu
Kalau abang buat air oren suka sindir sindir kalau kitaorang lepak lama lama tapi beli air segelas satu
Kalau kakak yang masak waffle sambil balas IM dekat FB*cekap tak dia cekap tak -__-*
Kalau adik yang tukang refill nasi putih panas berwap dalam tong merah
Tak dengar dan tak baca tulisan aku.

Esok nak hantar surat layang lah dekat mereka
Nak letak bedak Safi Balqis sedikit
Tulisan kaler kaler
Guna pen glitter beli sepapan pelbagai warna
Oh ya! Nak suruh dia ganti
Handwash yang infertile tak keluarkan buih bila gosok
Lepas makan lauk ikan keli sambal merah pedas -___-

Surat layang nak letak nama Hazel. Oh itu nama Inggeris aku.
*korek tekak muntah sekarang*

Dec 4, 2010

Macam lah kau tak tahu -__-

Bukannya aku tak biasa
Malah sudah makan bulan kott
Cuma itulah
Kau yang buat semuanya sukar semula
*Aku kadang kadang memang suka salahkan orang lain :)*

Aku haritu dah pulih sedikit
Kau yang puncakan ini semula
Aku patut dengar pada mereka
Sekarang aku punya kerja
Untuk mula semula dari mula

Tolong T_T

notakaki: Dalam kelas fizik dulu aku selalu makan je :)

Dec 3, 2010

Phone tak annoying selagi Alarm tak berbunyi.

Bunyi itu
Sangat aku kenal
Oh alarm -__-

Pagi, kau tak sabar nak tengok dunia kan
Hingga tak sempat aku sudahkan mimpi
Yang terakhir tergantung penceritaannya
Cuma bahagianya disitulah
Bila hampir semua cerita
Dia pelakonnya :)

Tersenyum senyum aku sendiri
Bila cerembrum kembali terkenangkan
Macam ni kott :)

Dalam cerita itu
Dia sedikit pun masih sama
Masih manis :) *hehe*
Okayy muntah -__-

Tapi itulah
Aku dah amaran dia
Untuk jangan datang
Tapi aku suka jugamasih ya :)

notakaki: Pagi, lain kali tolong sabar sikit.

Dec 1, 2010

Nak Faizal Tahir satu :)

Sudah sekian lama
Aku tidak merasakan ini
Kalau aku seorang ibu mengandung
pasti kini aku sudah selesai melahirkan
dan anak aku sudah boleh memanggil aku 'Mama'
*okay itu hiperbola sangat dah -__-*

Cuma malam itulah
Aku memang taknak
Okay mula mula taknak
Aku pun taknak
Aku taknak macam taknak pergi tutor satu jam sahaja esok -__-

Malam sikit lagi
Aku terkekal masih dalam tetapan taknak
Tapi sesungguhnyasebenarnyasememangnya
Aku berkonflik untuk mengekalkan itu
Demmit -__-

Lantas dengan sedarnya
Aku membenarkan kau knock knock
Dan kau dengan rakus melangkah masuk *kaki kanan mungkin*
Oh I hate that -__-

Tapi hoi Fatin hoi hoi hoi
Bukan ke tadi kau beria ria taknak
Sampai kau mencarut carut dalam bilik kelam itu tadi
Bila dia mula me-wootwoot

Kita boleh nampak masalah domain nya disitu.

Notakaki: Tiada notakaki.
......................................................................................

Siapa kata aku tak semangat
Tak eksaited macam eksaited
nak pergi TS lepas finals haritu?
Tolong jangan berkata kata
sebegitu lagi ya -__-

Nampak tu aku keseorangan
dalam kelas
Menunggu sang penyampai ajaran tiba
Dimana membuktikan
aku sangat AWAL ke kelas
Ya awal anak anak :)