CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jan 28, 2011


RASA NAK CAKAP DENGAN KAU.

Notakaki: Teringat.

Harap harap esok bangun tidur ada kotak telefun baru tepi bantal.

Dear fone,
Tolong jangan buat aku marah tahu.
Kalau nak buat gedik pun sila
Tunggu genap setahun ulangtahun kita
Bersama
Sekurangkurangnya.

Aku tak kesah
Kalau kau setakat nak calar skrin
Nak terkopekterkopek line emas dekat tepi
Nak calarbalar belakang badan
Sebab selalu terhempas atas lantai
Atas meja dan masa nak keluarkan dari poket seluar jugak.

Kau mula buat kerenah bila
Kau mula perlahankan suara teman berbual aku -_-
Sampai aku kena haa? haa? banyak kali baru dapat point dia
Itu pun lepas kau kasi susah aku bila
Nak cucuk charger dan earphone
Bilamana aku kena goyanggoyang
Adjust baik punyaa sikit dulu -_-
Baru masuk.

Tapi haritu dalam KTM kau mula
Tunjuk belang bila kau silent kan terus
Suara teman berbual sampai silent habis lahh!
Aku boleh timbang tara lagi sebab ada solusi
Earphone sekali lagi atau loudspeaker
Habis orang keliling dengar -_-

Cuma pada malam lalu
Bila kau butang butang penting
Dalam sebuah organisasi telefun tangan
Mula ternyata malas berfungsi
Aku mula naik tensi
Depresi ni.

Apa lah lagi gunanya kau
Wahai telefun tangan hoii!
Kalau aku tak boleh nak pegi menu pun
Tak boleh nak baca mesej pun
Tak boleh nak ber-camwhore T_T
Dan semua kebolehan sebelum ini.

Pasrah dalam amarah.

Jan 25, 2011

Gambar ber-caption.

Kadang kadang aku gedik bila rasa nak upload gambar banyak banyak banyak -__-

Dan aku tak buat apa apa pun untuk buang rasa gedik melainkan terus upload gambar banyak banyak :P

Apahal korang ajak aku datang kelas
pagi pagi ni? -__-

Tiba tiba datang cahaya entah dari mana
Buat gambar terang tang tang
Oh oh! Nur kot :)

Semangat Tahun Baru Cina tiba tiba datang
Dan aku terus macam
Ya a'aaw!

Okay okay!
Buat kerja sekarang sebelum tiba tiba je dah
week 14 dan dah nak kena hantar -__-

Sorry sorry. Distracted sekejap.
Okay aku buruk -__-

Bila kerja dah siap
Okay mengantuk balik -__-

Kau apahal suka sangat?
Tak paham aku...

Yang ni pun dah kenapa?

Huh! Lantak kau lah.
Aku nak terus ber-camwhore :)

Telefon macam dah nak rosak.
Nak beli baru yang ni boleh? :P
Kehkeh.

Jan 20, 2011

Aku tidur tak berdengkur kadang kadang ter-bercakap sedikit

Cadar kuning lembut belang ungu
Sarung bantal warna senada
Selimut warna gelap beri haba

Tidur lepas balik kelas satu kewajipan
Bangun pagi lambat kebiasaan
Bangun tengahari hujung minggu satu kemestian

Tidur dalam kelas satu pencapaian
Tersengguk sengguk lagi tak payah cerita
Siap sampai kena tangkap gambar lagi -____-

Tiba tiba aku rasa aku tak buat apa apa pun datang UiTM ni. Macam banyak tidur je.

Jan 14, 2011

Masbur tipu Selena, Selena dapat tahu, Masbur tak tipu lagi.

Kalau kau nama Salina nak tipu aku kata kau muntah pasal salah makan mee kari yang makcik tu kata baru masak tadi walhal lebih semalam punya. Untung lah kalau semalam, kalau dua hari lepas punya. Tapi padahal kau muntah sebab kau mengandung tiga minggu anak lelaki yang kau kenal dekat Fesbuk atau,

Kalau kau nama Alfi nak tipu kata kau beli kemeja dekat Zara padahal kau beli borong dekat Uptown Damansara dekat abang kedai nama Malek tiga limapuluh ringgit. Aku memang tak kisah malah tak akan kisah. Cuma aku buat cerita kau tu jadi bahan gelak hujung minggu aku lah.

Tapi kalau benda yang babitkan aku tolong jangan pasang angan nak sembunyisorokrahsia pasal menjelang suatu ketika nanti aku pasti tahu . Malah dari sumber yang kau tak nescaya sangka mungkin.

Benci orang bukan benda yang mudah untuk Kartika. Tapi sungguh Kartika benci kena tipu. Contohnya macam Jalil yang tipu Kartika kata yang Jalil tak dapat attend diskusi kumpulan sebab sakit perut lepas makan mee kari yang beli dekat tempat sama dengan Salina tadi.

Tapi sebenarnya Jalil nak pergi bawa Amelia karaoke dekat Bintang Gemilang P.A.S supaya dia terimperes dengan suara paling jantan Jalil ada tu atau,

Kau Musliha tak bagitau Kartika yang Ayob ada usha masuk line kau walhal kau tahu yang Kartika suka gila dekat Ayob sejak darjah enam sampaikan Kartika pernah tinggalkan biodata diri dalam beg sekolah Ayob dan mintak Ayob balas dengan hantar biodata diri Ayob dengan secebis bahagian hati Ayob.

Akhir sekali bila Kartika dapat tahu, dia marah dan buat memorandom taknak cakap dengan Jalil dengan Musliha dengan Ayob sehinggalah kalau hujan mengunjung bumi.

Petang itu hujan. Kartika kini tak marah lagi dan tak takmahu cakap dengan Jalil dengan Musliha dengan Ayob lagi.

Kartika ni memang hati kapas sikit. Petetik kan dia.

Jan 11, 2011

Jadi artis boleh cepat kaya kan?

Aku belum ada angananagn nak caras Lisa Surihani lagi. Atau mungkin Fasha Sandha. Tapi kalau citacita nak jadi pelakon tu memang sejak azali dah ada. Okay lupakan, anggap tak pernah baca.

Aku berlakon hari hari. Terutama bila terpaksa senyum hadapan dia. Dia yang aku tak suka. Atau kekadang mungkin mereka.

Tapi tak pernah siapa hidu. Kerna aku tampak ayu.

Tapi bila dipertontonkan kepada umum. Mula aku mereka kata. Aku suka. Lagi lagi bila ada yang juga suka. Aku tak tahu kalau ada yang murka.

Tolong jangan dorong aku nanti aku terdorong pula -___-

Jan 9, 2011

Peanut butter Lady's Choice sedap woo!

Kalau nak buatbuat sombong tunjuk diri kuat larat tak penat naik bukit pergi Fac setiap hari memang macam mustahil. Jadi solusi tiada pilihan, setia tunggu bas datang jemput.

Walau mulamula ada rasa malas bila bayang diri akan terpaksa himpithimpit tolaktolak sikit dalam usaha untuk tempatkan diri atas bas, tapi bila teringat yang minggu lepas dah ponteng kelas sekali takkan nak ponteng lagi, jadi tak jadi lah nak ponteng lagi :)

Rasa tak suka sebab kena bayar seringgit sebab tak dapat bas UiTM yang free tu jadi kena naik Rapid tapi bila terpandang driver dia yang macam hensem sikit tu rasa sanggup tu datang sikit.

Petang tu cakap dekat kawan pasal driver hensem tu. Kawan setuju sambil ketawa kecil takkan nak ketawa besar pulak nanti takut orang dengar paling takut kalau abang driver tu dengar dan terus berhenti bawa bas dan tukar profession jadi model.

Harapharap lepas ni selalu lagi dapat bas yang abang tu bawa. Baru semangat nak pergi kelas dengan semangat nak rebutrebut nak naik bas. Kehkeh.

Oh lagi satu. Lepas ni nak tangkap lah gambar driver tu kalau dapat bas dia lagi :P

Notakaki: Aku memang susah sikit nak letak noktah bila tulis.

Jan 4, 2011

Aku memang Skema sikit.

Post pertama tahun baru. Itupun pada hari ke-empat. Oh aku kan sibuk macam menteri. Menteri di Jabatan Hidup Sendiri. Keh keh.

Aku memang selalu eksited bila dengar bunyi henfon tanda ada mesej walau  lupa mana aku letak henfon tu tadi lepas main tangkap tangkap gambar sendiri. Jadi, text lah aku kalau nak cakapbuat macam ini :)

1. Kalau nak minta nombor telefon orang lain.

  • Memang menjadi citacita sejak tahun tiga kalau cikgu tanya besar nak jadi apa 'Nak jadi YellowPage cikgu'. Memang aku suka barulah rasa diri ini berguna dapat membantu kawankawan yang mungkin dalam usaha meng-usha kawan perempuan aku yang diminta nombornya sebentar tadi tu -____-

2. Kalau nak cakap kau bosan dan cakap kau bosan lagi.
  • Oh jadi bila bosan baru cari aku lah. Oh aku kan Wetworld Shah Alam yang bila rasa bosan hujung minggu kau buat kata putus tibatiba nak bawak famili mandimanda. Aku lagi suka bila dah lepas texting lama sedikit kau masih cakap kau bosan. Hormon rasa diri takgunatakmembantu mulalah melonjak ke puncak.
3. Kalau kau nak hantar sepatah dua kata kau.
  • Barulah aku rasa macam aku yang beria-ia seorangseorang. Sebab kegemaran aku bila aku cerita kisah aku dari pagi sampai malam dan kau sambut dengan "Okay" lebih suka lagi kalau dengan "Oh". Lainlain feveret termasuklah Urm, Entah, Tak Tahu, oh lagi satu, "Bosan lah" -_____-
4. Kalau nak ambil masa selamanya untuk balas.
  • Tunggu kau balas tu kan satu hobi masa lapang aku. Aku lebih seronok kalau kau inform awal-awal yang kau akan balas lambat macam ni "Tunggu tau. Lagi 30 minit saya balas". Oh itu kalau 30 minit lah, kalau lepas habis tonton Cerekarama yang hari Sabtu malam tu baru nak balas, cakap lah dua jam ya :)
5. Kalau rasa taknak letak tanda baca semua.
  • Mudah sikit aku nak baca. Baru aku tahu mana nak berhenti, kau tanya soalan ke bagi statement ke. Dan kalau aku tunjuk mesej kau pada cikgu BM kau, baru lah dia rasa nak hantar surat letak jawatan pada pengetua sebab rasa gagal didik kau apa semua kan -____-
Notakaki: Sakit otak layan orangorang diatas. Oh ya, Tahniah atas perangai kau, sila tepuk tangan.