CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mar 31, 2011

Yu Ai Ti Yem Part One

Bila semua orang dah mula post pasal kenangan dekat Yu Ai Ti Yem ai ai ai takkan nak diam je buat buat macam tak pernah masuk Yu Ai Ti Yem. Jadi aku pun tak senang duduk lah fikir nak post apa. Kehkeh.

Mari kita mulakan dengan yang paling permulaan sekali. Lepas tengok cerita Cinta dan Keadilan dekat Astro Ria ke Prima entah dulu mulalah tertanam cita cita nak belajar Undang Undang. Undang Undang ejaan penuh tauuuu. Jadi aku pun berusaha lah belajar bersungguh sungguh untuk SPM supaya aku layak memasuki kursus yang dihajati. Kalau tak kang tak pasal pasal kena ambil kursus buat roti -__-

Bila taim isi borang UPU kalau boleh rasa nak je isi dua je iaitu Asasi Undang Undang Kehkeh dengan Asasi Undang Undang Hekhek. Okay sebenarnya aku lupa apa perbezaan diorang. Tapi memang ada lah dua dua tu. Supaya kalau tak dapat yang Kehkeh dapat yang Hekhek. Dan juga supaya tak dapat kursus kursus lain yakni seperti Diploma Perikanan ataupun Diploma Pengukuran Tanah.

*tunggu**tunggu**tunggu*

Jadi pada hari yang diperkatakan orang keputusan keluar aku pun tak sabar lah pi hantar SMS dekat edu.my sampai dapat reply harap maaf talian belum dibuka. Haha. Boleh tak sabar lagi tak? 0.o Lepas rasa rasa talian macam dah dibuka aku pun pi lah hantar lagi SMS dekat depa. Tau depa balaih apaa? Ya betul terima kasih.

Oleh itu mari kita buat persediaan ke Yu Ai Ti Yem :)

Notakaki: Kesian surat dari Matrik tak dapat perhatian seperti yang didambakan. Maaf Zahir Batin.