CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Apr 29, 2011

Untunglah Dapat Fon Baru.

Dulu masalah peng-keypad-an
Aku hantar baiki kini kau buat hal lagi
Ni aku nak marah ni.

Sekarang masalah peng-screen-an
Apa lagi boleh buat
Kalau nak tengok muka sendiri dekat wallpaper pun dah tak dapat -__-

Ini fon lama.
Arwah baik orang nya.
Tak sangka dia pergi dulu.

Sejak peninggalan yu, ai terpaksa cari pengganti. Ai tak ada pilihan waktu tu memandangkan ai tak ada duit nak terus beli yang baru. Dia je yang sudi yuuuu.

Walaupun dia tak sehebat yu,
dia tetap mantap sebab lampu dia kuning.
*okay rambut aku memang banyak,
mak aku kata boleh potong sikit jual dekat Erra Fazira
untuk buat rambut palsu dia. Ooppssss :P

Lepas ai dah bertungkus lumus minta sedekah dekat Key-Ef-Si, ambil upah jaga anak anak jiran, kutip tin tin kosong dan jual, akhirnya ai dah berkemampuan sedikit yu.

Doakan ai bahagia dengan dia yu.
Yu tetap dalam hati ai.
Walau ai dah jual yu dekat apek kedai :')

Notakaki: Kalau boleh awok nak semua pinkkkk~

Apr 19, 2011

Kesian Cikgu Awak Kan.

Ya saya tahu anda kreatif. Tapi curahkanlah ke-kreatif-an anda tu kepada sesuatu yang lain seperti pergilah kelas menggubah bunga ke, kelas andaman ke atau mungkin kelas mengukir patung wayang kulit. Bukan seperti ini tahu!

klik untuk lebih jelas.
Kenapa awak tulis macam tu awak? Awak telah menyiksa seluruh sistem pernafasan saya yang mana telah membuat saya rasa nak muntah tau awakk *dimana relevennya disitu* Susah payah saya kata pada diri untuk sabar dan tahan dengan gaya penulisan HARAM awak ni. Huhh -__-

Sebenarnya saya boleh je terima kalau awak nak eja Dulu tu jadi Dlue. Nampak lah international sikit kannn. Tapi perlu ke awak eja Dia jadi Dhe? Dah lain sangat dah tu awak. Dan perlu jugak ke awak eja Sangat jadi Sanad? Sanad kepala hotakk awak lah! Oooh mungkin lidah awak pendek kottt :P

Sekarang awak nak kata saya jahat lah sebab tak kasi kabur nama dengan gambar awak tu, huh? Tahu tak nak print screen nak paste dekat paint nak crop tu pun dah cukup menyusahkan lagi lagi bila setiap kali tu terpaksa je baca bait bait tulisan awak tu. Tahu tak haaaa!

Saya dah banyak baca tulisan tulisan seumpama ini. Tapi awak, awak hebat sebab terpilih untuk masuk entry saya. T.A.H.N.I.A.H awakkk :D

Notakaki: Awak, buat lagi di lain masa :D

Apr 18, 2011

You Had Me At Hello.

Bila kau mula tunjuk rasa
Aku rasa aku suka
Walau waktu mula mula jumpa
Macam tak ada apa apa.

Tapi sekarang macam dah lain jadinya
Semua dah tak macam yang biasa
Mungkin aku yang tercepat terasa
Tapi tetap
Pada awalnya
Kau yang mula.

Notakaki: Dari tadi I tunggu you IM I dohh.

Apr 3, 2011

Yu Ai Ti Yem Part Two

Bila kita dah mula rasa bosan lepas asyik tidur makan tak hengat dan duk ngadap fesbuk yang dah macam tak produktif tu kita kena buat apa? Ya betul update blog ;)

Jadi dari mana nak mula? Okay bila dah lepas beli BaldiSeliparCadarPenyangkutpenyepitbajuOkaymacamdahbanyaksangatdahni, dah lepas print borang segala bagai, dah lepas pergi bunuh setem kasi mati, dah lepas buat medical checkup saya pun berlepas lah ke Yu Ai Ti Yem. Okay tak sebenarnya kena pergi Masjid Negeri dulu -__-

Sekali sampai ramai orang daaa. Kena beratur ambil kunci bilik. Dah lah tak tahu nak cari bilik kat mana. Jadi aku pun ikut lah segerombolan manusia lain yang sedang berjalan ke satu arah tu. Peluh yang menitik tak tahu dah yang titik ke berapa dah taim ni -____-

Sampai bilik aku orang pertama. Yeayyy! Okay tak payah suka sangat. Mula lah aku nak nervous nak tengok siapa roommates aku ni kannn. Masuk masuk. Alaaaa semua perempuan :/ Hahaha. Aku takut takut kalau diorang tak dapat masuk dengan aku yang malas dalam segala hal ni. Tetapi mereka merupakan barisan bapuk yang TERHEBAT yang dapat Mawar bagi pada aku :D

Pada malam pertama aku nangis ya anak anak T_T Tapi aku berjaya tutup muka guna selimut supaya roommates tak nampak.Setibanya hujung minggu terus aku packing untuk balik rumah tanpa menghiraukan Bapuk Katil A yang berasal dari Terengganu yang tak dapat balik tu. Maaf Ieda, janji tak buat lagi.


Bapuk A seperti yang diperkatakan.
 Beliau selalu mencarut bila pulang dari kelas
dengan sisa lelah yang masih berbaki
tetapi niatnya hanyalah untuk mengeksperesikan
dirinya sahaja. Bukan untuk niat lain.

Bapuk C
Kami selalu tidur sekatil sebab kami rasa 
single bed tu terlalu besar untuk kami seorang.
Ecececehhhh
.
Bapuk D
Saya selalu minta dia tolong urut bila
rasa badan sakit lepas stadi terlalu banyak.
Tolong percaya.

Turutan bapuk bapuk mengikut nombor katil.

Kami satu bilik sedar yang kami cantik dan mungkin akan dicemburui oleh jiran tetangga. Jadi kami seringkali dilihat berkelakuan baik diluar bilik seperti koridor, toilet, koperasi, kerusi McD Mawar, tempat jemur baju, dekat tempat penapis air, dan err err apa lagi ada dekat Mawar eh?

Notakaki: Kita boleh lihat usaha keras aku bila aku dah letak muzik sedehh ni haa.

Apr 1, 2011

Pembaharuan perlu dibuat untuk isi masa lapang.

Lepas lama tak mencarut kat sini. Haa naah! Ambik kau. Semua pun nak tukar. Bukan apa cuma bosan lah bila setiap kali view blog keluar background kaler hitam putih dengan pink tuh. Tambah stress bila tengok muka sendiri yang edit sendiri dekat photobucket tu yang tak senyum langsung tu.

Jadi selepas meluangkan lebih kurang enam jam saya tidur pukul ENAM ya pagi tadi nak siapkan benda ni. Berdedikasi bukan[?] Ya untuk benda benda lagha ni aku memang gigih sikit. Habis segala makanan dalam peti ais aku santap untuk bagi tenaga stay up sampai pagi.

Mari lihat hasilnya. Mulakan dengan background baru yang ada bunga bunga kecil macam yang dekat baju kurung cotton yang berwarna ungu lembut daun cokelat hijau hijau sikit. Susah nak buat keputusan semalam samaada nak yang ni atau yang lagi satu corak leopard. Ishh :/

Lepastu tengok pulak gambar baru kata atas tu. Okay ni part yang paling susah sebenarnya. Nak curi gambar dekat blog kawan nak edit kasi terang nak tambah text pulak nak pilih font, text color lagi. Okay yang paling tak boleh blah sekali bila terfikir nak draw tapak kaki anak kucing pulak kat situ kan. Sorry tapi aku memang awesome :D Yang berkilat terlebih dekat pipi kiri anda dengan dahi tu bukan sebab muka berminyak ya. Lighting punya pasal :p

Tengok tulisan tengok tulisan. Menarik bukan :D [--'] Aku harap sangat handwriting aku boleh jadi macam ni. Tapi harapan lah kan. Nama font ni schoolbell. Boleh tak ada kaitan lagi tak[?] Aku rasa dia cantik sangat jadi lepas ni nak post entry banyak banyak. Okay tak.

Urm ingat nak letak lagu supaya bila orang baca boleh turut petik jari tangan kiri kanan sambil goyang badan ke kiri kanan dan ikut nyanyi sekali. Tapi bila fikir balik nanti orang nyanyi je tak baca pulak apa aku tulis. Kejadahnya kann. Jadi tak jadi lah. Kehkeh.

Okay apa lagi? Dah lah.

Notakaki: Semua orang tolong cakap 'Cantiknya' sekarang. Ini satu arahan ya.