CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 31, 2011

I'm Sorry But I Had To.

Sorry but I was sooo curious nak tahu sangatsangatsangat dan I ter-google nama you. Bila dah penatpenat google dan jumpa takkan lah taknak buat apa apa pulak. I pun bukak lah link link yang sepatutnya.

Mula mula takut jugak kalau diorang dapat track I ke hapa ke sebab haritu tengok Fast 5 macam canggih sangat je sistem dia. Tapi sebabkan kepenasaran tu lagi penting dan determination yang sangat kuat, I teruskan je you. Kehkeh*gelak tutup mulut*

Lega pulak bila dapat tahu. Atleast kita ada banyak masa lagi. Let's just hope time can help :)

Btw, terima kasih Google. I leviuuuuu :D

Notakaki: I'm trying. Hard.

May 23, 2011

Rambut

tolong cepat panjang. Raya nak dekat.

May 21, 2011

Saya Awesome Saya Okay.

Kalau nak cerita kehebatan diri dekat sini, memang banyak. Contohnya seperti aku boleh tidur siang dengan sangat lama seperti sangat lama yang sangat lama. Aku juga boleh gelak teruk teruk dengan pengakhiran sesebuah cerita yang aku baru nak cerita dekat orang tapi aku dah gelak awal awal dah. Kalau tak paham yang ayat last tu abaikan. Pasal itu ayat terbaik yang aku boleh susun :P

Tapi bila aku berjaya jumpa DUA telefun masa jaga floor semalam, aku dah malas nak nafikan lagi yang aku ni awesome*hentak kepala dekat dinding*. Adalah bukan senang ya kerja tu. Saya terpaksa tertonggengtonggeng untuk check bahagian bawah seat kalau kalau ada barang customer cicir. Dengan hanya bantuan cahaya telefun. Nasib baik telefun canggih bila tekan lama lama dekat button space akan keluar lampu.

Penat tahu tak nak tonggeng lama lama lagi lagi kalau kena jaga cinema besar. Dah lah dengan risau lagi kalau kalau cleaner tu tengok tengok ke masa tengah tonggeng tonggeng tu. Dah lah dengan segala cerita dongeng yang cinema tu semua ada Cik Han**. Menciiii tau kita :(

Jadi bila dapat jumpa tepun tu rasa lah sikit yang usaha aku semua tu berbaloi. Selain dapat buat pihak management rasa impressed( :P ), dapat jugak berinteraksi lebih dengan customer yang hilang barang tu. Tapi perasaan nak berinteraksi lebih tu cuma ada kalau customer tu lelaki sahaja. Maksud saya lelaki kacak sahaja :D

Okay okay tak sebenarnya aku gembira lah bila dapat tolong orang yang dalam kesusahan tu. Itu je. Ayat tu macam budak sekolah lagi boleh takkkkkkk. Haha.

Kesimpulannya gaji aku dah nak dekat habis.

May 16, 2011

Me Idiot.

Tak payah "I okay I okay serius I okay" sangat lah.
I was asking about us dohh.
US.
KITA.
Cause I know we're not.

Now it's been more than one month
I guess this is how you want it to end
Which is just like that.

Aku masih ingat setiap satunya. Ahh sial.

May 15, 2011

Amaran: Entry Ni Panjang Dan Mengarut.

Aku kalau tidur dulu dulu suka bantal banyak
Siap susun keliling badan lagi
Tapi bila dah besar sikit ni dua pun cukup
Satu bantal petak dengan bantal panjang
Masa tak matang sangatsangatsangat dulu
Takut nak tidur peluk bantal panjang
Sebab rupa dia macam hantu pocong sikit
Tu semua sebab terpengaruh tengok cerita Momok lah tuuu.

Tak kira panas macam mana pun
Aku tetap akan pakai selimut jugak
Sebab bila ada benda yang tolong cover badan
Rasa selamat sikit
Tapi aku selimut pun bukan bahagian badan yang terbuka
Contoh kalau tidur pakai gaun tidur yang paras lutut tu *betul ke gaunnn
Aku selimut dari bontot sampai lutut je
Kaki semua keluar jugak
Okay aku memang entah apa apa sikit.

Sebelum tidur kalau aku tak boleh tidur
Aku suka berangan
Contohnya macammmm
Okay macam macam lah
Kalau cerita karang
Tercelalah perwatakan jalan kepit kepit aku
*Okay semua boleh korek tekak muntah sekarang -__-*

Aku selalu impikan yang aku boleh
Tidur macam orang dekat dalam tv tu semua
Yang tidur badan tegak letak selimut sampai dada
Dua dua belah tangan keluar letak kat sisi
Dan bahagian yang paling best taoi macam tak realistik sikit
Ialah bila bangun diorang masih
Dalam posisi tu. Dengan rambut yang sangat kemas santek dan lawa tapi tipuuuuu.

Tapi realitinya aku tidur kena mengiring
Kalau tak memang tak lena
Dan lagi kalau tidur memang kena peluk sesuatu
Kalau tak nanti tak dapat mimpi best
Itu petua keturunan aku *tolong lah jangan percaya*
Dan realitinya jugak rambut aku
MengerbangMengembangMengerintingMesebagainya.

Aku tak ada lah selalu dapat mimpi
Kena kejar dengan ular besar
Kena paksa makan belacan mentah
Kena taruk muka dalam air panas
Cuma aku selalu mimpi kaki tergelincir dalam longkang
Dan kaki aku akan betul betul bergerak
Macam masa kalau kaki kita terjatuh dalam longkang tu
Kadang kadang kalau nak dahsyat sikit
Kaki aku tergelincir dekat tepi gaung -__-
Aku tak tipu dohhhh.

Tulis panjang panjang. Nah gambar sebijik.

Gambar ni memang tak ada
kaitan dengan entry
Yang ada cuma tu lah
Muka mengantuk tuu :P
*eyeliner biru yang dekat sebelah mata je tu
sebab gatal gatal taruk masa masuk Guardian*

Notakaki: Tak payah nak notakaki sangat lah dah lah cerita pasal tidur.

May 11, 2011

Selamat Datang ke Jusco eh TGV.

Bila bangun pagi pagi lepas geliat kecil apa yang muncul dalam kepala selepas wey jom check henpun kalau kalau ada goodmorning text tapi tak ada, ya mestilah "saya akan bekerja bersungguh sungguh hari ini." Jadi dengan semangat berkobar kobar tu lah aku mula letak bontot atas kerusi biru dekat depan kaunter.

Lepas tiga empat lima enam tujuh lapan okay okay dah customer yang pertama aku mula rasa lenguh nak senyum senyum tanda senang kau datang. Jadi senyum guna mata dah memadai maksudnya senyum guna mata disini adalah angkat kening yang juga membawa maksud " Next pleaseee" Okay Fatin kau memang teruk tak ada siapa boleh lawan.

Takkan lah lepas dah kerja beberapa lama, aku masih tak ada kumpulan pelanggan yang aku tak suka kannn :P Jadi yang aku paling tidak suka gila sangat teramat sekali adalah apabila sudah beratur panjangpanjangpanjangpanjangpanjangpanjangpanjangpanjang okay okay paham datang datang kaunter dengan muka hepi lepas main main cucuk pinggang dengan kawan kawan masa dalam barisan tadi ingat aku tak nampak ke haaaa tapi masih nak tanya "Ada movie apa yeh?"

Apa saja lah yang kau buat masa beratur panjangpanjangpanjang tadi tuuu. Cukuplah janganlah tambah stress saya yang tadi dah tak tahan dengan bau Ireland's Potato yang customer selang dua kaunter sana tu bawa tadi. Sedap sangat tahu tak bau diaaaa. Tak caya pergi beli.

Yang saya tak suka sangat lagi malah ialah bila encik baru biru celana hitam yang sah tua tapi taklah tua sangat dalam 30 macamtu tapi panggil aku KAK. Wth? Perlu ke saya sedarkan awak tentang umur awak dengan umur saya. Atau awak nak saya pakai tag yang tulis UMUR SAYA 19, macamtu? Tag tu tulis huruf besar. Yang paling saya hargai bila awak bawak anak letak atas kaunter saya dan panggil saya KAKAK. Terharu seyyyyyy :')

Dan kalau boleh jadilah lagi pervert dengan bertanyakan nama saya dan sebagainya. Kan aku dah bantai Siti, Melati, Orked segala :P Siap cakap "I'll come back for you Siti" lagi. Jadi menakutkan lagi boleh tak -__-

Kalau lepas saya tanya "Movie apa?" "Pukul berapa?" mestilah soalan seterusnya "Berapa orang?" Jadi jawablah je lah dengan serius seperti "Dua orang sahaja noktah" Tak payah lah nak buat buat pandang belakang sambil buat muka bagi isyarat konon nya macam 'ada orang lain keeee kan kitorang dua orang je ni.'
Saya benci tahu. Rasa nak bagi hadiah jeeeee. Hadiag pelempang :D

Tammat. Kalau ada lagi nanti tambah.

Notakaki: Kaunter saya untuk orang hensem SAHAJA. Yang tak blahh :P

May 8, 2011

Jual Tiket Hobi Saya.

Masa tengah luangkan masa tonton ulangan drama Nur Kasih dekat tv petang petang aku sedar aku perlu tukar rutin hidup supaya dapat rasa diri ini lebih berguna. Jadi aku telah menghantar muka ke TGV mereka suruh isi borang kata akan telefun tapi tak telefun telefun punn. Jadi aku yang akhirnya telefun diaorang. Ya desperate bukan -__- Oh ya aku mula kerja hari Isnin-4 April :D

Banyak persiapan aku kena lakukan. Contoh kena cari balik tshirt TGV yang dah entah kat mana dalam almari tu. Kena cari kasut hitam tapi tak ada jadi aku pakai je flat hitam yang ada bunga besar tu. Dan yang paling mencabar sekali bila kena bangun awal pagi sebab taknak lambat nak bagi first impression baik punyaa pada hari pertama.

Memang aku senyum macam tu
setiap kali ada customer
*okat tak aku tipu*

Pekerjaan aku menuntut banyak pengorbanan seperti aku kena bun rambut supaya nampak kemas katanya aku tak suka sebab nanti bila bukak rambut patah patah. Lagi kena masukkan baju dalam seluar tak suka jugak sebab nanti baju nak terkeluar keluar sebab dia pendek. Lagi kena pakai stokin sebab nak cover kulit kaki supaya tak kantoi pergi kerja pakai flat :P

"Awak staff paling cantik," kata aku di depan cermin.

Notakaki: Memang aku suka bila customer dah beratur panjang panjang bila datang dekat kaunter still tanya ada movie apa -___-