CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Nov 19, 2010

Aku cuba buktikan kenyataan aku bosan dengan meng-goolge nama aku -.- Amatlah memeranjatkan bila aku tahu aku ada FB. Tapi yang lebih memeranjatkan aku terjumpa lubuk kebenaran kepada soalan yang aku tertanya tanya selama ini.

Nampaknya aku tidak tersalah buat keputusan enam bulan sembilan hari yang lalu *detail sangat ke -.-* Semuanya jelasterangnyata kini. Dan bahagian paling yang sedikit pun aku tidak terperanjat adalah KAU KINI MASIH SAMA. Masih tidak berubah.

Tidak tahu lah aku apa nikmat yang kau peroleh dengan lakukan itu semua. Aku hanya mampu menggerakkan kepala yang membawa hotak ini kekiri kekanan yakni menggeleng. Sambil menghela nafas panjang. Nafas lega mungkin. Lega kerana aku tidak lagi dalam ikatan itu :)

Sedikit hairan aku barangkali kerana aku tidaklah sesakit dahulu sewaktu kebenaran itu terdedah. Mungkin aku dah makin tough kerana aku baru lepas makan rendang waktu tu. Sangatlah aku ingin cerita dengan detail tapi ini terlalu public lah pula -.-

Untuk si haramjahanamsialcilakadurjana, kau boleh pergi mam :) Ehh jangan dulu lah. Aku macam ada sesuatu untuk kau. Tunggulah aku nak plan dulu :p

notakaki: jangan sentiasa ingat aku baik :)

.................................................................

Oh ya! Semalam raya :)
Tapi semuanya biasa sahaja
Hanya benda benda tipikal hari raya
Cuma aku suka perjalanan pergi
Tidak perjalanan balik
Dan macam biasa :)

Mama <3

Rambut aku
memang tak dengar kata -.-

Lenagan baju yang
sengaja dinaikkan
Motif? Itu gelang :p

Gambar si adik tidak dapat dimasukkan
Kerana size gambar yang BESAR
Maaf mungkin belum masa
untuk kau famous macam aku :D

Selamat Hari Raya
Habis.

0 comments: