CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Nov 29, 2010

Suatu Tengahari

Tipikal aku
Walaupun tidur perkara pertama sekali aku ingin
lakukan sejurus bangkit tidur
Tapi aku tetapkan rasakan lapar
Sangat tak tahu tangani ini -.-

Mandi siap ya DC aku datang
Sunyisenyaptenangpanas lagi pelik
Oh kan sekarang ramai yang cuti
Tiada pilihan hanya satu gerai beroperasi

Okay hanya aku dan seorang Danial dan seorang Fahmi
Nama random sebab kedua mereka mengenakan short
Pemilihan juadah menjadi sukar
Apabila dengan tiba tiba segerombolan
Lelaki yang tadinya menjadi pemerhati di seberang
Memasuki kawasan gerai

Tiada satu pun lah yang kecil daripada mereka
Yang paling besar mengenakan celanapendekhitam
Dipadankan dengan helaian cotton merah
Menghalang misi aku menerjah pauk
Shit -.-

Anggapan aku mereka baru sudah berlatih
Kerana mereka abang abang Karisma :)
Ya Karisma.

Misi tercapai
Pemilihan tamat
Selepas segala onakdanranjau
Bayar :)

notakaki: Oh. Kau tak mati lagi rupanya.

Nov 25, 2010

Selektif

Di hadapan cermin aku mengambil tempat
Punggung aku labuhkan atas kerusi biru
Selesatenangnikmat ya masih mengantuk
Cuba aku untuk kelihatan cantik

Bila aku nak kelihatan cantik macam Siti persoalannya
Kerana sudah tiga hari aku tak makan maggi
Kerana sudah aku beli cadar baharu
Kerana sudah aku cuci cawan minumku tadi
Utamanya kerana aku sudah lama menggunakan Simply Siti -.-

Pipi kanandankiri aku oleskan pemerah
Kali ini bukan keluaran Siti lagi
Agak tidak sekata tapi lantak sahaja
Bibir pucat kucolet gloss murah
Rambut basah ku biarkan kering
Senyum aku sendiri :)

nota: aku normal okayy -.-

Nov 19, 2010

Aku cuba buktikan kenyataan aku bosan dengan meng-goolge nama aku -.- Amatlah memeranjatkan bila aku tahu aku ada FB. Tapi yang lebih memeranjatkan aku terjumpa lubuk kebenaran kepada soalan yang aku tertanya tanya selama ini.

Nampaknya aku tidak tersalah buat keputusan enam bulan sembilan hari yang lalu *detail sangat ke -.-* Semuanya jelasterangnyata kini. Dan bahagian paling yang sedikit pun aku tidak terperanjat adalah KAU KINI MASIH SAMA. Masih tidak berubah.

Tidak tahu lah aku apa nikmat yang kau peroleh dengan lakukan itu semua. Aku hanya mampu menggerakkan kepala yang membawa hotak ini kekiri kekanan yakni menggeleng. Sambil menghela nafas panjang. Nafas lega mungkin. Lega kerana aku tidak lagi dalam ikatan itu :)

Sedikit hairan aku barangkali kerana aku tidaklah sesakit dahulu sewaktu kebenaran itu terdedah. Mungkin aku dah makin tough kerana aku baru lepas makan rendang waktu tu. Sangatlah aku ingin cerita dengan detail tapi ini terlalu public lah pula -.-

Untuk si haramjahanamsialcilakadurjana, kau boleh pergi mam :) Ehh jangan dulu lah. Aku macam ada sesuatu untuk kau. Tunggulah aku nak plan dulu :p

notakaki: jangan sentiasa ingat aku baik :)

.................................................................

Oh ya! Semalam raya :)
Tapi semuanya biasa sahaja
Hanya benda benda tipikal hari raya
Cuma aku suka perjalanan pergi
Tidak perjalanan balik
Dan macam biasa :)

Mama <3

Rambut aku
memang tak dengar kata -.-

Lenagan baju yang
sengaja dinaikkan
Motif? Itu gelang :p

Gambar si adik tidak dapat dimasukkan
Kerana size gambar yang BESAR
Maaf mungkin belum masa
untuk kau famous macam aku :D

Selamat Hari Raya
Habis.

Nov 17, 2010

Maaf atas post yang melampau hari ini T_T
Cuma macam suka pulak dengar irama keyboard dipetikpetik*betul ke petik -.-*

Sangat lah aku suka bila dikhabarkan yang gaji TGV sudah naik. Sukanya macam aku suka bila Thinesh ke Thanesh aku lupa gomol dan serabutkan rambut aku sebagai simbol menyambut kehadiran aku untuk menonton wayang Selasa lepas. Ya aku suka. Rasa macam aku anak kecil :p

Azam aku sekarang bukan sahaja nak belajar lebam lebam semester dua tapi juga nak berkerjaya kembali di TGV cuti sem dua nanti. Okay macam lambat lagi je -.- Tapi sumpah memang aku nak kembali ke sana.

Kerana aku rindu nak tayang muka dekat kaunter tiket hehe test market sikit :p rindu nak curi curi makan bertih jagung nak buat excess sebab nak cover short shhh~ *tapi aku tak pernah ambil duit lebih tu hokayy* rindu nak tidur dalam cinema 12 sementara tunggu cinema 11 unload -.- rindu jugak nak bersila kat belakang cinema hall tengok Love Bones :)

Huhh kerinduan yang sangat panjang :( Btw, selepas buat kira kira yang memang dah lama aku tak buat -.- kalau aku kerja seminggu full pun aku dah boleh dapat RM288 hokay~ kalau sebulan RM1152 :D kaya weyh !

Sangat nak duit sebab sangat nak berbelanja -.-'

Okay cukup :)

Nov 16, 2010

Lipstik pakai kat mana ya?

Aku duduk disitu. Dengan satu buku ditangan. Dengan hati yang masih berbaki geram tadi, aku baca. Sangat tak sangka, hingga chapter empat setengah aku baca. Aku pun termacam Wauw!

Tapi tak aku terlalu masuk dalam cerita itu. Cuma aku tahu perempuan yang dia sendiri kata dia ada rambut hitampendekberkilat punya nama Emily punya kakak berambut panjanggoldenberalun nama Kat dan crush dipanggil Seb :)

Sumpah aku mati mood. Maaf sepuluh ringgit, saya terbazir engkau. Tapi tak apa bukan salah dia. Yang penting Spicy Chicken McDeluxe sudah selamat dalam perut :)

Lepas macam sejam, aku macam nak pulang. Bangun nampak Megat. Megat aku rasa nampak aku. Pergi haram jadah lah kau. Malas nak bertegursapa beramahmesra berbualbicara berbalaspantun macam biasa dekat situ.

Shit, hujan. Nasib kau berbumbung Pyramid. Kalau tak memang aku berpeluang mainhujansampaidemam sebab esok raya tadi -.-

..................................................................

Aku masuk kedai Sinma yang sangatlah pinknya -.- 
Tengok tengok pengilat kuku. Timbul rasa eksited 
sebentar melihatkan warnawarna mereka yang pelbagai. 
Penuh jari kucalit*tak dua jari je -.-* beralih ke 
rak gincu bibir. Mak aihh~ merah bukan main lagi engkau.
Aku macam fikir bila lah aku akan nak pakai benda
dengan warna warna pelik ni semua -.-

notakaki: aku kadangkadang perempuan biasa, nak jugak bergincu -.-

...............................................................

Esok raya kalau tak silap
Mama suruh aku masak rendang
RENDANG hokay!
memanglah aku tak pernah langsung LANGSUNG
kalau setakat Salmon Sashimi Sushi tu
Sweet Plum Potato Fries tu
nasi kerabu letak terung daging bakar tu
memang takde hal lah :)

notasisi: raya haji dapat duit raya tak? -.-'

Nov 15, 2010

HEY YOU, MARRY ME PLEASE !

Enrique Iglesias
oh, kening kau :D


Tom Cruise

Ashton Kutcher
what an adorable smile you have ~.~

Look at them. They're like, SO HOTT !
Rambut kau yang tak kemas macam baru turun keretapi kelas tiga
buat aku rasa macam Auww~
Belakangan ini, sangat suka aku pada
lelaki yang punya rambut sikit sikit pada bahagian bawah wajah
Buat mereka kelihatan sangat tak terurus
sangat lelaki dan
PANAS !
Ya, sangat lelaki :)




Nov 12, 2010

Mawar Sayang -.-

Macam lah benda ni tak penting kann. Tapi memang lah tak penting sangat macam pentingnya rapid 603 pada aku untuk aku dan kawan kawan aku dan juga orang orang yang aku tak suka sangat kat kolej untuk pergi kelas kann. Eh, untuk nak pergi seksyen dua juga :) Kat situ ada McD kan?


Tapi macam sumpah yang benda ni dah lama lari lari anak dalam kotak fikiran aku. Mungkin lari lari sambil tangan bawa layang layang yang beli dekat pasar malam Rabu lepas. Okay, merepak dah mula -.-

Aku mulai runsing sejak dari hari pertama aku tinggalkan kolej Mawar itu lagi. Kenapa perlu mereka mengerah kami untuk mengosongkan bilik sehabis habis kosong? Kenapa aku sebagai orang terakhir kena ikut itu makcik panjat semula tingkat dua -.- semata mata nak periksa samaada bersih atau tak yang aku dah bersihkan sampai peluh peluh tadi?

Dan tidak ketinggalan kenapa nak kena tukar roommates? Okay, sebenarnya itu je yangakutakhentihenti fikirkan -.- Tapi macam lah korang yang tinggal di Mawar juga tidak fikir dan rasakan apa ini semua entah hapa. Tapi alangkah indah jka yang tinggal di PerinduMelatiKenangaMerantiDelimaDanHapaHapaEntahLagi sertai fikiran ini :)

Aku bukan apa aku cuma macam sangat takut nak jumpa orang baru yang tidak aku tahu dapatkah mereka terima aku. Aku. Aku yang kuat tumpahkan air dalam bilik ni. Kali pertama aku tumpahkan air masa kami sebilik mungkin dua bilik makan dekat wakaf Mawar kemudian tidak sengajanya aku tertumpahkan itu Milo -.- Haihh.

Malah aku juga pernahkan TERtumpahkan NescafeCokedansekalilagiMilo dalam bilik pula -.- Macam mana pulak kalau diorang tak boleh nak tunggu aku yang selalu mandi lamalama dan siap lambatlambat sebab selalu  bila dah nak keluar pergi makan dekat Barra baru aku teringat yang rambut tak sikat lagi. 

Dan boleh ke diorang bagi aku pinjam sikat sebab sikat aku selalu je hilang macam taktahupergimana ruparupanya ada dalam laci Ieda -.- Akan ada ke roommate aku yang suka mengigaungigau nanti yang akan jadi hiburan aku serta yang lain waktu kami stay up untuk online ya online :)

Ada ke peluang untuk aku bergurausenda bermesramesra dengan diaorang macam dulu yang kami buat pukulpukulpunggung cucukcucukbenda yang dekat atas tu sebagai simbol gembiranya kami? Bolehkah nanti mereka diajak pergi karaoke dekat itu P.A.S sampai nyanyi 32 lagu lepas habis paper BEL nanti?

Aku suka fikir fikir benda ni sambil tonton DoReMi yang aku sudah hampir hafal jalan ceritanya -.- Okayy sudahh.

notakaki: Mawar, tolonglah takperlukan sistem online kejadah haram ni semua -.-

Nov 10, 2010

Rasa Serasi

Bukan suka, bukan sengaja
Aku cuma ada cerita -.-

Semakin bosan dengan harihari ini
Orang kata kalau asyik teringatkan
Mana mungkin kita melupakan
Sabarlah, kan aku sedang mencuba
*aku tak -.-*
Kau bagaimana?

Jalan aku beriringan dengan si sahabat
Liar mata memerhati sekeliling
Bukan berniat untuk mencari engkau
Tapi, eh itukan engkau
Aku atau engkau tidak rencanakan itu
Pertemuan itu aku maksudkan
Kuat bond kita aku rasakan tika itu
Ya betul, tika itu
Sekali tika itu.

Sumpah
Tak pernah aku lupakan saat itu
Sumpah macam sumpah sangat
Dan maaf jugak untuk itu.

notakaki: macam harap sangat pulak untuk kau baca ni. semua ni malah.

......................................................................

Aku tahu cerita aku terlalu banyak berkisah mengenai dia
Maaf tak sengaja
Cuma ini tempat yang aku ada
Tempat yang mungkin yang tipis untuk dia jumpa
Bukan aku tak mahu menulis seperti human lain
Cuma aku tak reti mungkin
Cara ini yang aku selesa
Sampai suatu masa mungkin aku akan berhenti.

Nov 9, 2010

Sensasi Kamu

Lalu aku cecahkan kaki keatas bas
Bayar lantas mencari tempat
Sepanjang perjalanan aku cuba
Mengingat seluk beluk Kuala Lumpur
*nama je duduk KL, bab jalan tolong jangan tanya aku -.-*

Mengerling aku kearah seorang jejaka putih
Ouchh kacak :)
Berbekalkan earphone dan chewing gum Juicy Fruit
Akhirnya tiba aku di KL Sentral

Kenderaan seterusnya
Beli aku tiket monorail
Tuju aku ke Bukit Bintang
Aku memilih untuk berdiri

Lihat aku sekeliling aku
Hampir semuanya dalam kumpulan
Hanya aku dan Steven *nama yang aku beri*
Yang bersendirian
Oh, Cheong Kun Tiat dan Syahril Hakimi juga -.-

Terlihat aku pada seorang gadis aku rasakan
Duduk dia bersama kumpulan keluarganya yang sekali lagi aku rasakan
Dalam kelajuan monorail yang sederhana
Sempat hatiku terdetik
"rambut kau buruk lah"
Maaf, tapi itu spontan.

Ahli meningkat apabila di Imbi
Dalam seketika
Ohh dah sampai :)

notakaki: sepanjang itu, kau masih aku runsingkan -.-


Nov 8, 2010

Would You?


I'm done trying
If you want me in your life, let me know.


...............................................

Just because you apologized,
does not mean my heart magically fixed.

..........................................


I hate the fact that you have ignored me for so long.
Then you start talking to me like nothing happened.
And by talking the simplest things, you make me smile.

...........................................

I was not aware that he came only to love me for a while.
I was aiming to be with him forever, but he was not willing to work it out.

While I was busy planning for us,
He was busy planning his life with another person.

It hurts too much, but all I can do is watch him walk away.
...and that's the end of it.

There goes my forever, there goes my life.
I Know he's gone, but holding onto him has become my way to stay alive.



credit to: tumblr :)


Nov 5, 2010

Entah kenapa hari ini masuk bilik awal
Guling guling ohh rupanya kau nak text aku
11.28, lalu aku sahut
Kau sahut, aku sahut macam ini kot woii
Macam biasa kedunguan aku terembes keluar
Eh bukan, kau
Kacak, aku tak mintak kau tidur lah
Kiasan je tak pahamm? -.-
Aku nak kita texting sampai pagi
Esok kan Deepa
Sekarang 12.40. masih tunggu kau
Kalau kalau kau tak perasan text aku
*tunggu*
Ah, sial!

p/s: mencarut itu menarik. -.-'

Nov 3, 2010

Kuiz Kimia

Ketandusan kali ini bukanlah pengakhiran
*pergh ayat, kalah A Samad Said -.-
Aku memang selalu macam ni
Sebab bila dah macam ini, baru aku akan termotivasi
Malah aku dah biasa
Macam dulu bila aku dapat D untuk physics, ya D :)
Baru lah reti nak buka buku untuk next exam
Tapi D jugak lagi -.-
Tapi bila periksa betul, walau tak A+ macam Majid yang sekolah dekat Changkat Jering, dan tak A macam kau yang sekolah dekat Setiu, mahupun tak A- macam dia yaang sekolah dekat sekolah aku
Aku tak lagi dapat D :)

.......................................................

Malam tadi engkau muncul lagi
Selepas hampir satu minggu
Rasa aku bagaimana?
Bagai ini pastinya -> : D
Walaupun hanya ringkas
Cukup untuk aku
Tapi tak kau lupa sertakan namaku, nama penuh lagi (part paling best)
(eh tak, paling best yang goodnight tu)
(eh tak, dua dua)
Lalu aku kirim reaksi
Seringkas mungkin aku cuba
Ya dan itu saja
Namun aku suka
Cukup suka

p/s: suka kau. masih :(

Nov 2, 2010

Woi Kau!

Apa kata kali ini aku tak mulakan dulu
Apa kata kali ini aku lengahlengahkan atau
Apa kata kali ini aku persetankan sahaja
Apa kata kali ini aku menghilang tiba tiba
Apa kata kali ini aku buat kau tunggu
Apa kata kali ini apa kata kali ini

Kalau aku rasa ingin keras, aku guna bahasa rempit :)

Macam mana kalau gua tak mesej lu dulu
Macam mana kalau gua lambat balas mesej lu takpun
Macam mana kalau gua buat bodoh je dekat lu
Macam mana kalau gua tiba tiba tak balas
Macam mana kalau gua buat lu tunggutunggu
Macam mana macam mana

Natijahnya, aku ingin kau rasa.