CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Nov 16, 2010

Lipstik pakai kat mana ya?

Aku duduk disitu. Dengan satu buku ditangan. Dengan hati yang masih berbaki geram tadi, aku baca. Sangat tak sangka, hingga chapter empat setengah aku baca. Aku pun termacam Wauw!

Tapi tak aku terlalu masuk dalam cerita itu. Cuma aku tahu perempuan yang dia sendiri kata dia ada rambut hitampendekberkilat punya nama Emily punya kakak berambut panjanggoldenberalun nama Kat dan crush dipanggil Seb :)

Sumpah aku mati mood. Maaf sepuluh ringgit, saya terbazir engkau. Tapi tak apa bukan salah dia. Yang penting Spicy Chicken McDeluxe sudah selamat dalam perut :)

Lepas macam sejam, aku macam nak pulang. Bangun nampak Megat. Megat aku rasa nampak aku. Pergi haram jadah lah kau. Malas nak bertegursapa beramahmesra berbualbicara berbalaspantun macam biasa dekat situ.

Shit, hujan. Nasib kau berbumbung Pyramid. Kalau tak memang aku berpeluang mainhujansampaidemam sebab esok raya tadi -.-

..................................................................

Aku masuk kedai Sinma yang sangatlah pinknya -.- 
Tengok tengok pengilat kuku. Timbul rasa eksited 
sebentar melihatkan warnawarna mereka yang pelbagai. 
Penuh jari kucalit*tak dua jari je -.-* beralih ke 
rak gincu bibir. Mak aihh~ merah bukan main lagi engkau.
Aku macam fikir bila lah aku akan nak pakai benda
dengan warna warna pelik ni semua -.-

notakaki: aku kadangkadang perempuan biasa, nak jugak bergincu -.-

...............................................................

Esok raya kalau tak silap
Mama suruh aku masak rendang
RENDANG hokay!
memanglah aku tak pernah langsung LANGSUNG
kalau setakat Salmon Sashimi Sushi tu
Sweet Plum Potato Fries tu
nasi kerabu letak terung daging bakar tu
memang takde hal lah :)

notasisi: raya haji dapat duit raya tak? -.-'

0 comments: