CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 21, 2011

Saya Awesome Saya Okay.

Kalau nak cerita kehebatan diri dekat sini, memang banyak. Contohnya seperti aku boleh tidur siang dengan sangat lama seperti sangat lama yang sangat lama. Aku juga boleh gelak teruk teruk dengan pengakhiran sesebuah cerita yang aku baru nak cerita dekat orang tapi aku dah gelak awal awal dah. Kalau tak paham yang ayat last tu abaikan. Pasal itu ayat terbaik yang aku boleh susun :P

Tapi bila aku berjaya jumpa DUA telefun masa jaga floor semalam, aku dah malas nak nafikan lagi yang aku ni awesome*hentak kepala dekat dinding*. Adalah bukan senang ya kerja tu. Saya terpaksa tertonggengtonggeng untuk check bahagian bawah seat kalau kalau ada barang customer cicir. Dengan hanya bantuan cahaya telefun. Nasib baik telefun canggih bila tekan lama lama dekat button space akan keluar lampu.

Penat tahu tak nak tonggeng lama lama lagi lagi kalau kena jaga cinema besar. Dah lah dengan risau lagi kalau kalau cleaner tu tengok tengok ke masa tengah tonggeng tonggeng tu. Dah lah dengan segala cerita dongeng yang cinema tu semua ada Cik Han**. Menciiii tau kita :(

Jadi bila dapat jumpa tepun tu rasa lah sikit yang usaha aku semua tu berbaloi. Selain dapat buat pihak management rasa impressed( :P ), dapat jugak berinteraksi lebih dengan customer yang hilang barang tu. Tapi perasaan nak berinteraksi lebih tu cuma ada kalau customer tu lelaki sahaja. Maksud saya lelaki kacak sahaja :D

Okay okay tak sebenarnya aku gembira lah bila dapat tolong orang yang dalam kesusahan tu. Itu je. Ayat tu macam budak sekolah lagi boleh takkkkkkk. Haha.

Kesimpulannya gaji aku dah nak dekat habis.

0 comments: