CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Dec 10, 2011

Kalau Satu Hari Tak Lambat Pergi Kelas Tak Sah.

Ya memang aku selalu ada rasa nak pergi kelas pakai baju kurung nampak ayu gittew. Ada jugak rasa nak pergi kelas dengan rambut lepas mengurai biar angin tiup terbang terbang macam dalam movie tapi bila rimas sebab panas ikat tinggi tinggi guna getah rambut yang ada ros oren dengan kelabu tu.

Selain tu, keinginan untuk kelihatan moden memang ada taknak dah pergi kelas pakai baju kurung jadi ambil keputusan untuk pakai seluar dengan kemeja warna kuning langsat keemasan corak polka dot. Lepastu kalau nak cantik lagi*cantik ke*, pakai lah earring bunga ke plain ke bajet ada orang nak tengok telinga kauuuuu.

Itu semua terdorong sebab tengok orang keliling semua cantik cantik pergi kelas, mak nak jugak nak ahaks*tangan didada mata keatas*. Tapi walau tiap hari tengok orang keliling pergi kelas pakai wegdes heels dan sebagainya, sumpah tak pernah timbul pun sikit keinginan tu.

Rasanya sebab hormon lelaki masih menebal dalam diri setebal rasa malas nak pergi kelas esok kot hikhik. Bukan sebab apa tapi cuba fikirkan, dah lah dari bilik nak pergi tunggu bas kena turun tangga lima tingkat yang aku kira semua ada 80 anak tangga. Lepas tu dari anak tangga paling bawah tu nak pergi bus stop kena jalan jauh macam haremmm.

Lagi pulak lokasi kelas pertama dengan kelas kedua bukan dekat dekat kena jalan lagi sampai berpeluh peluh merecik kena orang sebelah sikit haaa. Tambah lagi, nanti nak rebut rebut naik bas kalau terpelecok macamana. Jadi kesimpulannya, saya prefer untuk pakai flat shoes sahaja. Mudah Selamat Ringan. Mudah sebab senang nak bukak dalam kelas rimas pakai kasut lama. Selamat sebab tendency untuk jatuh sikit. Ringan sebab mudah nak angkat kaki bila yu dengan dia ahaks.


Akhir kata, saya sayang kasut flat saya <3

0 comments: