CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Oct 31, 2010

Hipotesis Hati Dia

Sedang irama mengasyikkan dari blog rakan sekuliah yang sengaja aku biarkan berkumandang menerajang gegendang telinga, hati aku hanyut dibawa pergi. Pergi jauh. Jauh sejauh kenangan kita bersama dahulu. Memang aku akui kisah kita, Sara dan Munir tidak sehebat hebatnya kisah Romeo dan Juliet, Kassim dan Amirah, Larra dan Tom tapi ia cukup bermakna buat aku yang kini sedar tiada lagi engkau untuk aku.


Jika engkau Munir, andaikata terjumpalah kewujudan ruangan ini, tolong jangan biar aku tahu yang kau sudah tahu. Kerana nanti aku malu. Malu dengan kegagalan diri sendiri melepaskan yang lepas.


Lalu aku membiarkan hati yang hanyut sebentar tadi terus hanyut jauh lagi. Hingga sampai satu titik, aku minta hati ini berhenti sebentar. Dari jauh aku memerhati, perempuan itu persis aku. Duduknya dia dihujung katil dengan telefun tidak lepas dari tangan. Budak budak sekarang, kata aku didalam hati. Tidak putus putus perempuan itu tadi menerima dan menaip sesuatu sebagai kiriman balas aku fikirkan.


Juga tidak lekang senyuman dari bibir perempuan itu setiap kali perkara sama dia lakukan. Lucu mungkin isinya. Tapi aku lebih rasa ia mugkin manis. Ingin sekali aku tahu siapa yang sedang berbalas kiriman dengan perempuan itu, malangnya aku sudah tahu. Dia engkau, Munir. Aku tahu bila mana aku lihat jari tangan lelaki itu yang sama panjang dengan jari engkau Munir.


Sungguh aku ingin tahu apa kandungan kiriman yang mereka lakarkan. Sekali lagi malang buat aku kali ini betul betul malang, kerana kandungan kandungan itu sudah malah masih ada pada aku. Pada ingatan aku aku maksudkan. Semuanya berbaur luahan perasaan, janji janji, kisah kisah lucu, senang kata indahlah belaka.


Tapi bila aku ke kehidupan kini perempuan tadi, tiada lagi telefun yang sering menemani bahkan adakala perempuan itu sendiri terlupa dimana dia lokasikan alat penghubung silaturahim itu. Sehingga akan terbit rasa ganjil pada perempuan itu bila ada yang mengirim ke dia. Seperti ni " siapa pulak yang text aku ni? :O"


Ada juga aku terlihatkan hati perempuan tadi yang seakan mahu pecah bila nama lelaki tadi, Munir tertera di muka objek bercahaya lagi bersuara, telefunnya dia didalam kehidupannya sekarang. Sungguh aku kenal rasa hati ingin pecah itu. Ohh. Perempuan itu kan aku -.-


Melihatkan gaya perempuan itu sekarang, aku tahu dia kini tidak lagi bersama Munir. Apa sudah jadi dengan janji janji mereka dahulu? Lupakah sudah lelaki itu pada apa yang pernah dia ungkapkan luahkan pada perempuan persis aku itu dahulu? Sekali lagi, sungguh aku tahu rasa perempuan itu. Ohh. Itukan aku -.-


p/s: jangan nangis, malu.

3 comments:

K I E R A said...

Sedih cerita awak -.-

Fatin Atiqa said...

dasar perempuan kann -.-

gtfsok said...

awk awk!..best lah crite awk!jiwang@likeee<3