CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jan 4, 2011

Aku memang Skema sikit.

Post pertama tahun baru. Itupun pada hari ke-empat. Oh aku kan sibuk macam menteri. Menteri di Jabatan Hidup Sendiri. Keh keh.

Aku memang selalu eksited bila dengar bunyi henfon tanda ada mesej walau  lupa mana aku letak henfon tu tadi lepas main tangkap tangkap gambar sendiri. Jadi, text lah aku kalau nak cakapbuat macam ini :)

1. Kalau nak minta nombor telefon orang lain.

  • Memang menjadi citacita sejak tahun tiga kalau cikgu tanya besar nak jadi apa 'Nak jadi YellowPage cikgu'. Memang aku suka barulah rasa diri ini berguna dapat membantu kawankawan yang mungkin dalam usaha meng-usha kawan perempuan aku yang diminta nombornya sebentar tadi tu -____-

2. Kalau nak cakap kau bosan dan cakap kau bosan lagi.
  • Oh jadi bila bosan baru cari aku lah. Oh aku kan Wetworld Shah Alam yang bila rasa bosan hujung minggu kau buat kata putus tibatiba nak bawak famili mandimanda. Aku lagi suka bila dah lepas texting lama sedikit kau masih cakap kau bosan. Hormon rasa diri takgunatakmembantu mulalah melonjak ke puncak.
3. Kalau kau nak hantar sepatah dua kata kau.
  • Barulah aku rasa macam aku yang beria-ia seorangseorang. Sebab kegemaran aku bila aku cerita kisah aku dari pagi sampai malam dan kau sambut dengan "Okay" lebih suka lagi kalau dengan "Oh". Lainlain feveret termasuklah Urm, Entah, Tak Tahu, oh lagi satu, "Bosan lah" -_____-
4. Kalau nak ambil masa selamanya untuk balas.
  • Tunggu kau balas tu kan satu hobi masa lapang aku. Aku lebih seronok kalau kau inform awal-awal yang kau akan balas lambat macam ni "Tunggu tau. Lagi 30 minit saya balas". Oh itu kalau 30 minit lah, kalau lepas habis tonton Cerekarama yang hari Sabtu malam tu baru nak balas, cakap lah dua jam ya :)
5. Kalau rasa taknak letak tanda baca semua.
  • Mudah sikit aku nak baca. Baru aku tahu mana nak berhenti, kau tanya soalan ke bagi statement ke. Dan kalau aku tunjuk mesej kau pada cikgu BM kau, baru lah dia rasa nak hantar surat letak jawatan pada pengetua sebab rasa gagal didik kau apa semua kan -____-
Notakaki: Sakit otak layan orangorang diatas. Oh ya, Tahniah atas perangai kau, sila tepuk tangan.

2 comments:

K I E R A said...

Bak number,

Aku nk jadi ' orang yang malas reply mesej, then terus call '

Boleh ? ;)

Fatin Atiqa said...

Orang macam itu dialu-aluakan ya Cik Kiera :) Hehe.