CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jan 28, 2011

Harap harap esok bangun tidur ada kotak telefun baru tepi bantal.

Dear fone,
Tolong jangan buat aku marah tahu.
Kalau nak buat gedik pun sila
Tunggu genap setahun ulangtahun kita
Bersama
Sekurangkurangnya.

Aku tak kesah
Kalau kau setakat nak calar skrin
Nak terkopekterkopek line emas dekat tepi
Nak calarbalar belakang badan
Sebab selalu terhempas atas lantai
Atas meja dan masa nak keluarkan dari poket seluar jugak.

Kau mula buat kerenah bila
Kau mula perlahankan suara teman berbual aku -_-
Sampai aku kena haa? haa? banyak kali baru dapat point dia
Itu pun lepas kau kasi susah aku bila
Nak cucuk charger dan earphone
Bilamana aku kena goyanggoyang
Adjust baik punyaa sikit dulu -_-
Baru masuk.

Tapi haritu dalam KTM kau mula
Tunjuk belang bila kau silent kan terus
Suara teman berbual sampai silent habis lahh!
Aku boleh timbang tara lagi sebab ada solusi
Earphone sekali lagi atau loudspeaker
Habis orang keliling dengar -_-

Cuma pada malam lalu
Bila kau butang butang penting
Dalam sebuah organisasi telefun tangan
Mula ternyata malas berfungsi
Aku mula naik tensi
Depresi ni.

Apa lah lagi gunanya kau
Wahai telefun tangan hoii!
Kalau aku tak boleh nak pegi menu pun
Tak boleh nak baca mesej pun
Tak boleh nak ber-camwhore T_T
Dan semua kebolehan sebelum ini.

Pasrah dalam amarah.

4 comments:

sound.of.my.heart. said...

laaaa. nanti dapat lah fon tangan baru. UNTUNGLA :D

Fatin Atiqa said...

Siapa nak kasi Tipah? Kalau ada orang nak kasi baru betul, UNTUNGLAH.

K I E R A said...

KESIAN.

Fatin Atiqa said...

Kiera: Sangat KESIAN!