CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Apr 1, 2011

Pembaharuan perlu dibuat untuk isi masa lapang.

Lepas lama tak mencarut kat sini. Haa naah! Ambik kau. Semua pun nak tukar. Bukan apa cuma bosan lah bila setiap kali view blog keluar background kaler hitam putih dengan pink tuh. Tambah stress bila tengok muka sendiri yang edit sendiri dekat photobucket tu yang tak senyum langsung tu.

Jadi selepas meluangkan lebih kurang enam jam saya tidur pukul ENAM ya pagi tadi nak siapkan benda ni. Berdedikasi bukan[?] Ya untuk benda benda lagha ni aku memang gigih sikit. Habis segala makanan dalam peti ais aku santap untuk bagi tenaga stay up sampai pagi.

Mari lihat hasilnya. Mulakan dengan background baru yang ada bunga bunga kecil macam yang dekat baju kurung cotton yang berwarna ungu lembut daun cokelat hijau hijau sikit. Susah nak buat keputusan semalam samaada nak yang ni atau yang lagi satu corak leopard. Ishh :/

Lepastu tengok pulak gambar baru kata atas tu. Okay ni part yang paling susah sebenarnya. Nak curi gambar dekat blog kawan nak edit kasi terang nak tambah text pulak nak pilih font, text color lagi. Okay yang paling tak boleh blah sekali bila terfikir nak draw tapak kaki anak kucing pulak kat situ kan. Sorry tapi aku memang awesome :D Yang berkilat terlebih dekat pipi kiri anda dengan dahi tu bukan sebab muka berminyak ya. Lighting punya pasal :p

Tengok tulisan tengok tulisan. Menarik bukan :D [--'] Aku harap sangat handwriting aku boleh jadi macam ni. Tapi harapan lah kan. Nama font ni schoolbell. Boleh tak ada kaitan lagi tak[?] Aku rasa dia cantik sangat jadi lepas ni nak post entry banyak banyak. Okay tak.

Urm ingat nak letak lagu supaya bila orang baca boleh turut petik jari tangan kiri kanan sambil goyang badan ke kiri kanan dan ikut nyanyi sekali. Tapi bila fikir balik nanti orang nyanyi je tak baca pulak apa aku tulis. Kejadahnya kann. Jadi tak jadi lah. Kehkeh.

Okay apa lagi? Dah lah.

Notakaki: Semua orang tolong cakap 'Cantiknya' sekarang. Ini satu arahan ya.

1 comments:

M a s A z i m a H said...

cantiknyeeeeeeeeeeeeee <3


yes dah cakap dah.. hehe