CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 8, 2011

Jual Tiket Hobi Saya.

Masa tengah luangkan masa tonton ulangan drama Nur Kasih dekat tv petang petang aku sedar aku perlu tukar rutin hidup supaya dapat rasa diri ini lebih berguna. Jadi aku telah menghantar muka ke TGV mereka suruh isi borang kata akan telefun tapi tak telefun telefun punn. Jadi aku yang akhirnya telefun diaorang. Ya desperate bukan -__- Oh ya aku mula kerja hari Isnin-4 April :D

Banyak persiapan aku kena lakukan. Contoh kena cari balik tshirt TGV yang dah entah kat mana dalam almari tu. Kena cari kasut hitam tapi tak ada jadi aku pakai je flat hitam yang ada bunga besar tu. Dan yang paling mencabar sekali bila kena bangun awal pagi sebab taknak lambat nak bagi first impression baik punyaa pada hari pertama.

Memang aku senyum macam tu
setiap kali ada customer
*okat tak aku tipu*

Pekerjaan aku menuntut banyak pengorbanan seperti aku kena bun rambut supaya nampak kemas katanya aku tak suka sebab nanti bila bukak rambut patah patah. Lagi kena masukkan baju dalam seluar tak suka jugak sebab nanti baju nak terkeluar keluar sebab dia pendek. Lagi kena pakai stokin sebab nak cover kulit kaki supaya tak kantoi pergi kerja pakai flat :P

"Awak staff paling cantik," kata aku di depan cermin.

Notakaki: Memang aku suka bila customer dah beratur panjang panjang bila datang dekat kaunter still tanya ada movie apa -___-

2 comments:

Firi :) said...

baju tgv dh tuka ke ? -.- haha

Fatin Atiqa said...

Yang tu tshirt baru. Tapi pakai Jumaat Sabtu Ahad je. Kehkeh :D