CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 11, 2011

Selamat Datang ke Jusco eh TGV.

Bila bangun pagi pagi lepas geliat kecil apa yang muncul dalam kepala selepas wey jom check henpun kalau kalau ada goodmorning text tapi tak ada, ya mestilah "saya akan bekerja bersungguh sungguh hari ini." Jadi dengan semangat berkobar kobar tu lah aku mula letak bontot atas kerusi biru dekat depan kaunter.

Lepas tiga empat lima enam tujuh lapan okay okay dah customer yang pertama aku mula rasa lenguh nak senyum senyum tanda senang kau datang. Jadi senyum guna mata dah memadai maksudnya senyum guna mata disini adalah angkat kening yang juga membawa maksud " Next pleaseee" Okay Fatin kau memang teruk tak ada siapa boleh lawan.

Takkan lah lepas dah kerja beberapa lama, aku masih tak ada kumpulan pelanggan yang aku tak suka kannn :P Jadi yang aku paling tidak suka gila sangat teramat sekali adalah apabila sudah beratur panjangpanjangpanjangpanjangpanjangpanjangpanjangpanjang okay okay paham datang datang kaunter dengan muka hepi lepas main main cucuk pinggang dengan kawan kawan masa dalam barisan tadi ingat aku tak nampak ke haaaa tapi masih nak tanya "Ada movie apa yeh?"

Apa saja lah yang kau buat masa beratur panjangpanjangpanjang tadi tuuu. Cukuplah janganlah tambah stress saya yang tadi dah tak tahan dengan bau Ireland's Potato yang customer selang dua kaunter sana tu bawa tadi. Sedap sangat tahu tak bau diaaaa. Tak caya pergi beli.

Yang saya tak suka sangat lagi malah ialah bila encik baru biru celana hitam yang sah tua tapi taklah tua sangat dalam 30 macamtu tapi panggil aku KAK. Wth? Perlu ke saya sedarkan awak tentang umur awak dengan umur saya. Atau awak nak saya pakai tag yang tulis UMUR SAYA 19, macamtu? Tag tu tulis huruf besar. Yang paling saya hargai bila awak bawak anak letak atas kaunter saya dan panggil saya KAKAK. Terharu seyyyyyy :')

Dan kalau boleh jadilah lagi pervert dengan bertanyakan nama saya dan sebagainya. Kan aku dah bantai Siti, Melati, Orked segala :P Siap cakap "I'll come back for you Siti" lagi. Jadi menakutkan lagi boleh tak -__-

Kalau lepas saya tanya "Movie apa?" "Pukul berapa?" mestilah soalan seterusnya "Berapa orang?" Jadi jawablah je lah dengan serius seperti "Dua orang sahaja noktah" Tak payah lah nak buat buat pandang belakang sambil buat muka bagi isyarat konon nya macam 'ada orang lain keeee kan kitorang dua orang je ni.'
Saya benci tahu. Rasa nak bagi hadiah jeeeee. Hadiag pelempang :D

Tammat. Kalau ada lagi nanti tambah.

Notakaki: Kaunter saya untuk orang hensem SAHAJA. Yang tak blahh :P

3 comments:

sound.of.my.heart. said...

hahaha. kaka, movie apa yang paling dekatt sekali time dia ? ade tak ? :P sepesen laa tu. haha
MAKI CIK, bagi 2 ticket eh :) hahah

Sheiraaaa said...

Hahaha Fatin , you buat I rinduuu nak kerja kat TGV ! Semua yang di listkan I pernah merasai jua hehe , memang harus di beri hadiah kat org2 mcm ni :P

Fatin Atiqa said...

Tipah: Tipah jangan jadi macam diorang okay anak mak. Haha. Anyway. MAKI CIK ke MAKCIK? :p

Sheiraaaa: Memang. Hilang mood rasa nak kerja jumpa orang orang macam ni:P Haha.